Monday, August 08, 2011
The Birth Story
Kelahiran adalah merupakan pengakhiran kepada proses kehamilan dan juga merupakan permulaan kepada sebuah kehidupan manusia.
25 Julai 2011
Aku ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi-Selangor. Sewaktu aku tiba di klinik, doktor pakar sakit puan yang biasa memeriksaku tiada di bilik. Tertera di Kaunter Pendafatran-doktor pakar tersebut sedang menguruskan kelahiran bayi. Boleh dikatakan hampir setiap setengah jam, ada sahaja kelahiran. Alhamdulillah... Aku menunggu dengan sabar sambil ditemani suami yang setia di sisi.
Hampir 4 jam menunggu aku ditawarkan oleh jururawat untuk beralih kepada doktor pakar sakit puan yang lain.. Aku masih mahu menunggu memandangkan tarikh jangkaan untuk bersalin masih berbaki 2 minggu lagi. Setelah menunggu, giliran ku tiba jua. Menurut doktor yang memeriksaku, sudah tiba masanya untuk aku bersalin di dalam minggu ini. menurut doktor itu lagi, kandunganku telah berada di bawah. Doktor membuka laluan untuk memudahkan aku bersalin nanti. Kemudian doktor memberi aku cuti sakit bermula 25 sehingga 28 Julai 2011 dan menyuruhku berehat di rumah. Aku dan suami tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya kami sempat berjalan-jalan di sebuah pusat membeli-belah.
26 Julai 2011
Sepanjang berehat di rumah aku tidak sakit. Tetapi aku hanya buat tak endah sahaja walaupun suka duka berselang seli. Suka kerana akan dapat melihat bayiku yang telah lama aku nantikan. Duka pula kerana terpaksa berdepan dengan situasi yang tidak dapat aku gambarkan dan ngeri untuk diceritakan. Aku masih selesa ke pejabat hanya untuk menguruskan cuti bersalin dan memaklumkan kepada pegawai atasan.
27 Julai 2011
Masih tiada kesakitan yang dialami. Aku masih sempat menjamah 'biskut raya' yang ditempah awal and baby still playing inside...
28 Julai 2011
Aku dan suami keluar dari rumah jam lebih kurang 10 mlm kerana aku perlu mendaftar masuk ke wad di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi sekiranya masih belum terasa sakit.
29 Julai 2011
Lebih kurang jam 12.00 pg, bidan bertugas membuat pemeriksaan dan mendapati pintu serviks masih belum terbuka. Jam 3.00 pagi, bidan tersebut telah memasukkan ubat pertama. Selepas 6 jam, keadaan masih sama dan jam 9.00 pagi, ubat kedua dimasukkan. Aku menanti dengan sabar. Baby...still playing... Jam 3.00 petang-jururawat datang memeriksa aku dan keputusannya masih sama. Katanya lagi, rehatlah dulu mungkin doktor akan memaksa bayiku keluar pada esok hari. Hati ku berbunga... Tiba-tiba jam 3.30 ptg-jururawat tadi datang dan membawaku ke dewan bersalin. Hanya Allah swt sahaja yang tahu perasaanku ketika itu.
Jam 4.00 ptg, proses untuk memaksa bayiku lahir bermula. air ketuban dipecahkan oleh doktor. Hampir saat melahirkan aku demam. Keadaan agak kucar kacir ketika itu kerana bayiku juga demam. Alhamdulillah, tepat jam 10.29 mlm pada 29 Julai 2011, aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.7kg dan anakku ditahan di pusat jagaan selama 5 hari kerana demam dan selepas 3 hari masih ditahan disebabkan ‘jaundice’ pula.
Aku dan suami menamakan bayi sulung kami ini dengan nama Adam Wafry bin Marzuki.
Kepada suami, terima kasih aku ucapkan kerana setia menemani aku sepanjang berada di dalam dewan bersalin. Yang membuatkan aku lebih terharu, suamiku tabah dan tidak putus-putus memberi semangat ketika melihat aku menahan sakit untuk bersalin. Semoga kehadiran permata hati ini akan mengukuhkan lagi kasih sayang antara kita sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)