Thursday, November 15, 2007

Bodoh macam lembu? Jahat macam syaitan?

bila kita merujuk kepada sesuatu yang bodoh, kita akan kata bodoh macam lembu.sebab lembu tidak pergi ke sekolah. disebabkan lembu tidak pergi sekolah, lembu tidak pernah mengambil mana-mana peperiksaan awam. kalau diambil pun, lembu tidak akan lulus kerana lembu tidak tahu menulis mahupun membaca. ditambah pula dengan pemakanannya yang tidak seimbang. rumput yang menjadi makanan rujinya itu dikenali umum sebagai makanan yang tidak mengandungi khasiat yang boleh meransang pertumbuhan otak. itu mungkin salah satu faktor mengapa lembu perlu ditarik hidung atau dipukul belakangnya baru boleh mengikut perintah kita.

tapi tidak kisahlah lembu itu memang bodoh atau tidak, kerana lembu tidak begitu memanfaatkan kehidupan melainkan dijadikan 'mesin rumput' dan lauk untuk kenduri.masalahnya bila ada manusia yang bodohnya macam lembu.hampir semua manusia pergi sekolah. kalau periksa tidak lulus atau dapat nombor corot pun, sekurang-kurangnya manusia yang pergi sekolah itu tidak buta huruf. tidak lulus atau dapat nombor corot sebenarnya tidak boleh dipanggil bodoh; mungkin sekadar 'tidak boleh jawab periksa'. manusia yang bodoh macam lembu ialah manusia yang walaupun pergi sekolah, tidak boleh berfikir dengan betul; tidak tahu yang mana betul dan yang mana salah. dan yang menyebabkan terjadinya bodoh macam lembu itu ialah kegagalan untuk berfikir dengan betul itu telah memporak-perandakan kehidupannya.bila kita merujuk kepada sesuatu yang jahat, kita akan kata jahat macam syaitan.sebab syaitan memang dari dulu lagi sudah bermusuh dengan manusia. syaitan akan gunakan bermacam-macam cara untuk menjauhkan manusia daripada tuhan.

bagi syaitan sudah tidak ada dosa atau pahala lagi kerana tempatnya sudah ada di neraka. sebab itu kita tidak boleh salahkan syaitan. tambahan pula syaitan tidak melakukan kejahatan itu secara fizikal. kalau mengikut undang-undang, syaitan hanya boleh didakwa di atas kesalahan menghasut.kerana yang jahat itu ialah manusia sendiri.hanya manusia-manusia tertentu sahaja yang sudah ditetapkan tempatnya di neraka. yang lain masih ada peluang untuk masuk syurga. tetapi ada juga yang nak jadi 'jiran' syaitan. diberi peluang pun masih memilih untuk buat benda-benda jahat. entah apa faedah yang diperolehi daripada berbuat jahat itu tidak pula diketahui tetapi kejahatan itu memang tidak boleh terhapus di dunia ini; walaupun kita ada polis yang mesra, cepat dan betul.orang itu; yang entah siapa namanya tidak aku tahu, aku pasti adalah jahat macam syaitan tetapi tidak pasti pula bodoh macam lembu.kerana tindakannya mencuri itu adalah satu perbuatan yang tidak baik. perbuatan yang tidak baik adalah perbuatan yang jahat. dalam undang-undang islam ada peruntukan untuk dipotong tangannya itu. dan yang menambahkan 'mata' untuk jahatnya itu ialah dia mencuri sesuatu yang kecil tetapi amat bermakna untuk orang lain. untuk mengatakannya bodoh macam lembu pun tidak boleh juga. kerana barang yang dicurinya itu walaupun kecil tetapi ada gunanya; adakalanya sangat berguna.

tambahan pula di kala keadaan memaksa, mungkin dia melakukan apa yang difikirkannya betul. dan aku juga tidak pasti adakah dia mencuri atau hanya mahu meminjam?tetapi untuk mengatakan aku bodoh macam lembu pun tidak boleh juga.siapa yang mahu mengaku dia bodoh macam lembu? tetapi orang tidak mahu belajar dari kesilapan boleh dikira bodoh macam lembu. tambahan pula kesilapan itu sudah berulang untuk banyak kali; masuk yang ini sudah empat kali. dan ia berlaku di tempat yang sama sebanyak dua kali.memang betul kata orang, harta dunia ini tidak boleh di bawa masuk kubur. tetapi sementara kita belum masuk kubur, kita mungkin memerlukannya; tidak kiralah sekecil mana pun harta dunia kita itu. dan pada hari itu aku memerlukan 'harta dunia' aku itu - senaskah buku catatan tugas.aku memang sentiasa letakkan buku aku itu di atas meja . kalau tidak digunakan, ia akan ditinggalkan disitu. baik di rumah ketika cuti atau di pejabat, aku tetap meninggalkan buku itu di atas meja. kononnya tidak ada sesiapa yang berminat untuk mencuri buku tersebut.memburukkan keadaan, hari itu aku benar-benar memerlukannya. aku boleh dibuang kerja kerananya dan sepanjang hari itu sementara menunggu masa berlalu, aku berpendapat: usah risau, masih belum terlambat untuk membetulkan keadaan.

kalau bodoh macam lembu, kita ini manusia. kita masih boleh belajar. dan kalau kita jahat macam syaitan, kita ini manusia. kita masih boleh bertaubat - semoga tuhan boleh ampunkan dosa kita.apa yang hilang akan hilang tetapi kita yang masih ada ini janganlah jadi bodoh macam lembu atau jahat macam syaitan.

Tuesday, November 06, 2007

Menyepi

Maaf la, lama aku menghilang, kini kembali untuk memecahkan sunyi yang dah lama dibiarkan... dibiarkan bersama orang yang merindui aku hehehe..
aku pun tak tahu nak tulis apa ari nih. Saja-saja nak hidupkan semula blog yang setelah lama menyepi.aku tahu mesti tertanya-tanya ke mana aku pergi. yang pasti aku masih sibuk dengan kerja kat sini. aku pun tak tahu, berapa lama aku tinggalkan blog nih keseorangan. Mungkin ada yang datang berkunjung tapi tiada pembaharuan yang dibuat. Teringin jugak nak tahu khabar orang yang sedang membaca nih. Tak banyak yang aku nak kongsikan kat dalam blog ari nih. Biarlah blog nih menjadi santapan buat sementara waktu. Mungkin selepas nih aku akan update setelah semua nya kembali stabil... tunggu aje la... aku jugak sentiasa merindui orang yang sedang membaca... salamz.