Tuesday, December 28, 2004

aku yang marah

....aku pernah bergaduh dan bertumbuk kerana sebiji bola...
aku pernah bertumbuk kerana salah faham yang sangat sedikit..
aku pernah pukul orang hanya kerana orang itu tak puas hati....
aku pernah belasah orang kerana orang itu tendang kawan aku....

sebut sahaja tentang kekerasan.. tentang pergaduhan dan apa sahaja perkara yang melibatkan kesakitan dan ketidakpuasan hati.. semuanya aku pernah.. bagi aku.. hanya kekerasan yang perlu untuk menentang kekerasan...

yang kuat akan menang.. yang lemah akan ditindas...tangan guna untuk membelasah orang.. kaki guna untuk menendang orang.. mulut guna untuk mengajak orang berlawan............. semuanya aku pernah.................. tapi sekarang.. aku sedar kekerasan dan kekuatan tidak akan menyelesaikan apa apa..kekerasan tidak menjamin apa apa... kekerasan tidak akan menamatkan apa apa....

tangan bukan dicipta Tuhan untuk menyakitkan orang lain.. tapi tangan dicipta untuk berusaha kearah kebaikan dan tangan dicipta untuk ditadah ke langit memohon keampunan, perlindungan dan rahmat dari Ilahi..... ya Allah.. betapa jahilnya aku tentang ciptaan-Mu ini..... sekarang aku sedar... rasa marah tidak akan membawa aku kemana mana... rasa marah tidak akan membawa aku kepada kebaikan.. tapi rasa marah akan memusnahkan aku sendiri.. Ya Allah.. berikanlah aku kekuatan untuk bersabar dalam semua dugaan-Mu ini.........

aku teringat sabda nabi..."ORANG YANG GAGAH BUKANLAH ORANG YANG DAPAT MENUMPASKAN LAWANNYA... TAPI ORANG YANG GAGAH ADALAH ORANG YANG DAPAT MENAHAN AMARAHNYA"....

....betapa lemahnya aku.. betapa tipisnya sifat sabar ini...."KESABARAN!!!!.... tunggu.. aku akan kejar kau...."

Sunday, December 26, 2004

..jazakallah..

Dalam sebuah kehidupan....manusia tidak pernah berasa aman pada setiap detiknya...ada duka datang antara gembira....ada yang derita ke akhirnya.....aku terima segala permasalahan hidup dalam noktah yang satu. Selagi noktah itu belum dijumpai aku akan terus menjalajahi hidup yang datang sekali cuma....walau bayangan ketakutan sesekali menjelma....aku akan runtuhkan tembok ketakutan itu....agar aku mampu pergi mencari jalan dalam aman yang pasti....

aku bersyukur kerana dalam pencarian ini...aku didatangi manusia yang pelbagai.....ada insan yang memberi kekuatan....ada insan yang mencintai....ada insan yang memberi kebahagiaan walau dalam sedetik cuma....namun kehadiran ini sedikit sebanyak memberi kekuatan untuk aku terus melangkah jauh...

kiranya anda adalah insan-insan ini, tanpa ada apa yang mampu aku berikan hanya mampu memberikan ucapan terima kasih yang teramat.....anda tercipta untuk memberi sedikit cahaya menerangi jalanku nan satu....jalan menuju pencarian sebelum noktah hidup ini tertulis menamatkan riwayat hidup aku yang entah bila datangnya......

..jazakallah khairan kasiro..

Tuesday, December 14, 2004

sempurna

Aku bukanlah manusia yg perfect, aku cuma seorg manusia yg ingin hidup dlm keadaan yg sederhana sahaja. Tidaklah sampai mengimpikan kemewahan kerana ia bukanlah erti sebuah kebahagiaan. Apa yg biasanya kita inginkan ialah keikhlasan, kejujuran serta kesetiaan dalam segala hal bila kita membina atau menjalinkan sesuatu perhubungan sesama manusia. Kekuasaan atau ingin menguasai adalah sikap yg perlu dielakkan. Jika hubungan berlandaskan itu, maka sebuah jalinan akan terlerai dipertengahan jalan. Setiap manusia harus diberi peluang utk menggunakan haknya sendiri.... hak yang telah diikat melalui perjanjiannya dgn Allah sebelum ia lahir kedunia lagi...... Kerana itu tiada siapa yg berhak utk menakluki atau menguasai hak manusia lain kecual Allah S.W.T. Apa yg ada pada kita ialah amanah, amanah yg harus dipelihara dan dijaga kerana kelak di akhirat nanti, kita akan ditanya ttg itu.

Setiap dr kita ini telah diamanahkan utk bertanggungjawab dlm urusan hidup sebelum dtg mati. Selalu2lah tanya adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab kita terhadap Allah, terhadap kekasihNYA Muhammad s.a.w., terhadap kedua ibubapa kita, keluarga kita, masyarakat disekeliling kita dan akhirnya terhadap diri kita sendiri. Sesungguhnya Allah maha MENGETAHUI akan kelemahan hambaNYA namun jgnlah kerana memikirkan lemahnya kita hingga mengabaikan kesemuanya.... hidup kita ini saling kait mengait. Kerana itu sentiasalah jadi penasihat utk diri sendiri dan org2 yg disekeliling kita....

Walau apa pun, lakukan setiap perkara itu dgn bersederhana....

SELAMAT HARI QUALITI / TAHNIAH BUAT KUIM

stress to da' max

Stress tahap maksima dah sekarang ni. Lots of work. Sampai aku tak tau nak buat mana satu dulu. Tapi Alhamdulillah la aku dah nak siap satu kerja tu and working on the other one. Tak tau la kenapa hidup aku kelam kabut semenjak dua menjak ni. Lots of things on my mind I guess.

Dah malas nak fikirkan pasal orang lain. I've learned that people will only take advantages atas kebaikan orang lain. Bila kawan perlukan aku, aku sentiasa boleh mendengar dan menolong tapi bila time aku perlukan someone, siapa pun takde. Hmmm.. that's life. Semua orang boleh mengaku someone tu best friend dia tapi adakah dia sedar yang that someone tak pernah rasa dia adalah best friend? For example, A treats B as a best friend but B never feels the same. Sebabnya? B memang layan A baik and sentiasa ada dengan A bila-bila A perlukan B but when it happens to B, A tak layan dia macam buat. Hmmm.. macam mana B nak rasa A tu best friend dia? That's what happen to me now. I used to have a best friend once. But not now. No one can be my best friend.

Monday, November 22, 2004

WORRIED

I'm damn worried. This is about my future. Kalau la ditakdirkan aku tak bleh survive, how am i going to face everybody? I would feel so ashamed. I want to prove to everyone that i can do it. I wanted to prove that my decision all this while is R.I.G.H.T! I don't want people to say that i'm just wasting my time by making that decision.

Entahla, i hope that God still loves me and help me to face the challenge this time. I know He has always been there to help me these while. And only He knows how i feel right now!

i can't sleep

Aku cuba nak tidur dari pukul 12 tadi but now dah pukul 2 pun aku still tak boleh nak lelap. Kenapa? Macam ada something on my mind. Entah apa yang aku fikirkan tah.

Mungkin aku sedang fikirkan nasib hidup aku kot. Nasib aku memang la tak sama dengan orang lain. Ada yang lebih beruntung daripada aku and ada yang sebaliknya. Entahlah.

Kadang-kadang bila aku bangun pagi, aku rasa macam takde semangat. Semua benda yang aku hadapi terlalu rutin. Sampaikan aku dah boleh predict apa yang akan terjadi dalan hidup aku untuk hari itu. Bukanlah 100 percent accurate pun. Tapi sebab benda yang terjadi tu lebih kurang sama je setiap hari, so kiranya dah boleh agak la.

Sampai bila? Entah. However, I still have some hope that one day, things will get better. InsyaAllah

Friday, November 19, 2004

mySTUARTLERRY

STUARTLERRY adalah satu tempat peribadi.Segala yang ada di sini terhasil daripada pemikiran manusia yang sentiasa berubah-ubah.Kita tidak bertanggungjawab terhadap pembaca seandainya mendapat kesan daripada mengikuti perjalanan jernal ini.Ia dikhaskan untuk kita meluahkan segala macam bentuk perasaan yang dilalui dalam kehidupan sehariannya.Ini adalah sebuah kisah suka duka kehidupan..

Apa yang terpapar di sini bukanlah bertujuan untuk meraih perhatian sesiapa kerana matlamat kewujudan jernal ini di sini menjadi satu landasan kepada kita untuk terus menulis kerana bidang penulisan memang telah sebati dalam kehidupan.Oleh itu,sebarang ketidaksengajaan yang terdapat di sini amatlah dikesali.Setiap sokongan pembaca dan sahabat semua,didahului dengan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.Semoga persahabatan dan perhubungan yang terjalin secara maya ini mampu mengeratkan ikatan dan berkekalan hendaknya.Ukhwah fillah...

Lastly,please know that i'm still here,and will always be here watching you reading this journal from time to time,but if you're afraid i'm going to traumatize you,then i recommend you go to somewhere happier and please leave and also if you aren't prepared to see something about yourself or someone you know,please don't read this journal.

You know guys,i need some spaces to write out what is on my mind and also to express my feeling about life.Thanks for everything.Love and peace to all.

Wednesday, November 17, 2004

jika aku bercinta

Jika aku bercinta.........

Assalamualaikum... sebenarnya... aku dah lama wat posting doa ni...tapi aku nak post lagi sekali....

"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah akupada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalahcintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah akumenyentuh hati seseorang yang hatinya tertautpada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurangcinta semua.Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatikupadanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlahakupada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rindukupadanyaagar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatanindahnya bermunajat di sepertiga malamterakhirmu.Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalamperjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,jangan biarkan aku melampaui batas sehinggamelupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadihanya kepada-Mu.Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati initelah berhimpun dalam cinta pada-Mu,telahberjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalamdakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membelasyariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya.Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiadapernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami denganlimpahan keimanan kepada-Mu dan keindahanbertawakal di jalan-Mu.... ameen


Ya Robb..."AKU CINTA PADA MU KERANA DUA SISI CINTA...AKUCINTA AKAN DIRIMU.. AKU SELALU MENGINGATIMU,BUKAN YANG SELAIN MU ..ADAPUN CINTA KERANAENGKAU PATUT DICINTAI ..AKU TIDAK MENGETAHUIALAM SEBELUM AKU TAHU AKAN DIRI MU..TIADA PUJI DALAMHAL INI,DAN ITU BAGI DIRI KU.. TETAPI..PUJI DALAMHAL INI ,DAN ITU ADALAH HANYA UNTUK MU..YA RABB"-Makbulkanlah permintaanku ini ya Allah-

tik...tok...

Tik…tok..tik..tok….jam berdetik..(macam tu ker bunyi jam berdetik??)…. biar apa pun bunyi jam berdetik….. jam akan terus berdetik… walaupun jam aku ni berhenti berdetik bila habis bateri… tapi jam rumah aku akan terus berdetik… kalau jam rumah aku habis bateri…jam ayah aku masih lagi berdetik…. kesimpulannya masa itu akan terus berjalan… masa tidak bergantung kepada jam.. tapi jam yang bergantung kepada masa….jika masa tidak wujud sekarang ni… maka jam pun tidak bernilai dan wujud… jika tidak wujud masa…kita hanya memandang jam itu tidak lebih dari satu alat mekanikal yang mempunyai dua jarum..satu jarum panjang dan satu lagi jarum pendek…..

hmmm….bila sebut tentang masa ini... dalam Al-Quran juga ada disebut tentang masa…dalam satu surah tu yang selalu kita baca tu... tuhan berfirman.. "Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beramal solleh.." bila sesuatu tu disebut dalam kalam Allah ini... maka benda atau perkara itu akan dianggap penting….Aku bukan nak bercerita atau nak bersyarah tentang kepentingan masa atau menggunakan masa dengan terancang…. sebab aku rasa dah banyak pakar motivasi yang boleh cerita tentang semua itu….walhal ayah aku sendiri pun selalu berkata tentang perancangan masa ini……

tapi aku Cuma nak kaitkan masa dengan hidup aku ni…. sebab dengan masa…aku secara sedar atau buat-buat tak sedar.. dah melalui hidup ini hampir 23 tahun…. hmm…, rasa macam dah tua plak…...sepatutnya aku perlu rasa tua sebab aku dah bukan lagi budak belasan tahun lagi… aku dah masuk puluhan tahun……bila aku kenang balik apa yang berlaku sepanjang 23 tahun yang lalu…banyak sungguh pengalaman yang aku lalui…ada cerita suka dan duka…. aku rasa semua orang akan kata macam tu….. sebab 23 tahun ni bukan waktu yang singkat kan?

….walaupun dah 23 tahun ni.. aku rasa aku masih belum dapat membuktikan sesuatu kepada keluarga aku khasnya dan kepada dunia amnya….. kekadang tu aku cemburu juga dengan kejayaan orang sebaya aku macam Muqurabin… budak UiTM yang dah dapat menjadi pelajar pertama di Asia Tenggara ni yang dapat berdiri megah kat puncak Everest…… nampak memang senang... tapi dia dah lalui macam pahit getir untuk sampai ke tahap itu…. tapi aku?…setakat berdiri megah kat Gunung Jerai (pusat pelancongan kat Kedah ni) tu adalah… tapi kalau Muqarrabin naik berhari hari nak sampai…aku pulak naik tak sampai 2 jam… dengan pajero plak…. jadi apa aku nak bangga??

….. tapi aku tetap kena tanam azam…dan korang juga mesti tanam azam…. kita mesti buat sesuatu dalam hidup ini….. sebelum kita menghembus nafas yang terakhir dan meninggalkan dunia ini… kita kena buat sesuatu…… memanglah kita bukan Bush (presiden amerika yang baru menang tu).. boleh mengubah dunia… atau boleh suka-suka tuduh orang tu pengganas…orang ni pengganas….. boleh suku-suka juga serang negara orang… dari bapak dia..sampai anak dia…semuanya tak guna… betullah kata orang tua-tua dulu… "Bapa borek..anak rintik." …dua-dua tak guna…. haaaa…. marah gila aku kat dua manusia ini…. maaflah kalau teremosional…..memanglah kita tak boleh nak ikut perasaan sangat…tapi kalau dah hari-hari dah sedara aku terbunuh.. kena bom lah…. banyak pula isteri yang jadi balu….. memanglah aku terpaksa emosional…. bukankah semua umat Islam itu bersaudara?….

aku dah malas nak sebut tentang perpaduan…. sebab aku ni siapalah kat dunia ni….. bukan raja.. atau presiden sebuah negara…. tapi tak kan aku nak duduk saja..goyang kaki.. hari-hari mengira berapa ramai lagi saudara aku yang akan dibunuh!!!!

Sunday, November 14, 2004

feeling hurt

I'm just feeling hurt..

assalamualaikumwarahmatullah...
i'm just feeling so sad now and i'm down...down to the earth... ke dalam perut bumi yang paling dalam..i'm just wanna be a friend..i'm just wanna talk to someone...i'm so sad right now..i'm so sad..

Wednesday, November 10, 2004

yeaaahooo.....

Balik.... Yahooooooo!

Selamat hari Raya
Sok malam balik kampung. 17 hb baru ada di KL semula.
Ampun dan Maaf semua.Andai ada tersinggung perasaan terguris rasa.Sesungguhnya kita insan biasa.
Salam Aidilfitri untuk semua.
Wassalam

Saturday, November 06, 2004

Everythin' in our mind

" Blog Aku Yang Hampeh Ni Takde Mende Yang Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama.."
-created:tulipbiru-

Thursday, October 21, 2004

penghargaan diri sendiri

Dalam sebuah kehidupan....manusia tidak pernah berasa aman pada setiap detiknya...ada duka datang antara gembira....ada yang derita keakhirnya.....kita harus terima segala permasaalahan hidup dalam noktah yang satu.

Selagi noktah itu belum dijumpai kita akan terus menjalajahi hidup yang datang sekali cuma....walau bayangan ketakutan sesekali menjelma....kita perlu untuk runtuhkan tembok ketakutan itu....agar kita pergi mencari jalan dalam aman yang pasti....kita patut bersyukur kerana dalam pencarian ini...

kita didatangi manusia yang pelbagai.....ada insan yang memberi kekuatan....ada insan yang mencintai....ada insan yang memberi kebahagiaan walau dalam sedetik cuma....namun kehadiran ini sedikit sebanyak memberi kekuatan untuk kita terus melangkah jauh...kiranya kita mampu menjadi insan-insan ini, tanpa ada apa yang mampu kita berikan hanya memberikan ucapan terima kasih yang teramat sebagai penghargaan buat diri sendiri.....

kita tercipta untuk memberi sedikit cahaya menerangi jalan orang lain yang memerlukan....jalan menuju pencarian sebelum noktah hidup ini tertulis menamatkan riwayat hidup kita yang entah bila datangnya......

Tuesday, September 21, 2004

bicara dalam senyuman

Pabila kita berbicara dalam senyuman...hidup terasa begitu menenangkan...itulah yang aku alami semalam walaupun suasana kerja begitu mendatangkan kebosanan di tahap maksima ditambah pula tahap kesihatan yang tidak menyenangkan, namun aku redha dengan suratan Allah swt... Aku perlu lebih kerap tersenyum tatkala berbicara. Dengan adanya bantuan dari dia, aku menjadi lebih kuat dan bersikap lebih positif. Aku cuba melarikan jauh sikap yang tidak langsung menguntungkan...moga aku menjadi lebih terbuka dalam membina sebuah perhubungan yang berkekalan...tahniah kepada diriku sendiri kerana sedikit sebanyak perubahan telah kian kelihatan...

Thursday, September 02, 2004

02 September 2004

Assalamualaikum...

Hemph..hari ni semacam jer semua orang. Masing-masing macam ade masalah, amcam ade somethin' inside da' heart hui hui hui... nape aar???

Actually, aku? Ntahlah..kekadang rasa tido kat rumah pun lagi ok. Ade orang pernah kata kat aku, kadangkala diam lebih bererti dari bicara, kekadang ucapan lebih tajam dari pedang. So, aku datang ofis hari ni dalam keadaan kurang bercakap.

Semalam aku duty kaunter. Ntahlah.semalam lebih teruk dari hari ni. Aku tersalah cakap, tersilap cakap dan macam-macam lagi. Uwa.....tolong..... tapi, maleh la nak buat semua nie.

Walau ape pun, aku plan-hemph...ntahlah abaikan sudah. Benda yang lepas akan terus lepas. Korang doakanlah aku-semakin sihat, semakin ceria dan semakin gumbira, Insya Allah...

Adios..

Wednesday, September 01, 2004

akhirnya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Hemph..ape khabar korang? Aku ari ni ntahlah, mimpi ape ntah nak update blog aku yang dah lamer tak bukak. Fuh..hampir sebulan rasanya..
hari ni hari terakhir aku ade taklimat exam. next week aku dan rakan sejawat yang lain akan menduduki peperiksaan yang akan menentukan masa depan kami.
heheh...dalam beberape lama aku tak update jernel nie, bermacam perkara berlaku dalam hidup aku, antara yang gembira, yang sedih, yang kecewa dan banyak lagi... :)
tentang tekondo aku tuh, hemph..17-19 sepember 04, aku bawa bebudak tekondo aku gi fight kat USM open. Alhamdulillah.. 2 perak, dan 2 gangsa. Aku sebenarnya tak kisah diaorang kalah... aku langsung tak rasa nak marah. thank God, finally diaorg dapat rasa macam mana masuk tournament. Hemph...itu matlamat aku. sepanjang berade di sane, bermacam perkara berlaku dan aku harap ini semua hanya ujian untuk aku.
sepanjang di USM, aku dapat buat satu perkara yang menyeronokkan, hilang semua masalah di tempat kerja :) hahaha.... dan aku juga dapat merapatkan pertalian antara aku dengan budak-budak ni. I've found somethin' good about it!
balik dari tuh, aku dah takde nak buat class lagi untuk budak-budak tuh. Why? I don't know!!!
Oklah, adios jer.. actually aku pun takde idea sangat...
Wassalam.

Friday, August 27, 2004

27 Ogos 2004

Assalamualaikum...
Hii...korang buat ape haa.... oOooo...korang tengah jernel nie ek?? kih kih kih... Hari ni semuanya dah hampir kembali seperti biasa.

Kesedihan aku, memang kalau difikirkan memang tak ke mane pun. Jadi, hidup mesti diteruskan. Ajal maut ditangan Tuhan... Ape yang penting buat masa sekarang nie, aku rasa seronok sangat :) "...yuuummmmiiiee......." sebab plan aku untuk tolong keluarga Allahyarham Tn Hj Rahim hampir berjaya.

Untuk makluman korang, jap tadi Nan (kitorang punyer president persatuan) tepon aku. So, bincang punyer bincang, Alhamdulillah mungkin diaorg akan turun ke rumah arwah untuk tengok cara macam mane nak sumbangkan bantuan. diantara yang dicadangkan oleh Nan, ramai ahli persatuan dah bekerja so, mungkin diaorg buleh amik sorang adik angkat. Maksudnya kita jaga kebajikan diorang dalam pelajaran.... tapi, itu hanya perancangan namun bersangka baik dengan Allah swt moga-moga semua tu menjadi kenyataan, Insya Allah...

Pagi tadi, zaujah arwah tepon aku. katanya baru balik dari kemas barang arwah di KKKB. Sedih sangat tapi, itulah....kadangkala ape yang disangka tak berlaku seperti sebenarnya...

Oklah, aku pun dah rasa macam erm...no idea. Nanti, kita jumpe lagi di arena yang akan datang, Insya Allah..

p/s : aku tengah keje malam dengan zura nie.. peh..kitorang boring giler..."..wek!!.."sebab orang takde. Oklah..aku masih lagi fikir cemane nak bantu keluarga arwah. kalau korang ade idea...cakapla kat aku..

Akhir kalam,
wassalam...

Wednesday, August 25, 2004

Kenanganku 25 Ogos 2004

Sahabatku telah pulang untuk kembali selamanya ke rahmatullah, ke pangkuan Allah s.w.t. pada suatu perjalanan yang murni. Al marhum Hj Abd Rahim Zakaria atau gelarannya ARZ di kalangan kenalan dan pelajarnya yang ramai. Beliau memperkenalkan dirinya dalam sessi ta’ruf sebagai “mempunyai seorang isteri dan 10 orang anak.” Beliau seorang bapa dan suami yang amat penyayang. Beliau menghadiri program ABIM bersama kesemua keluarganya tanpa bermasalah. Isterinya yang setia dan disayangi, Puan Hanim seorang yang bersama komited dengan perjuangan suami dan seorang pemimpin Helwa.

Hj ARZ adalah seorang pendidik dan penda’wah. Al marhum seorang yang peramah dan mempunyai ramai kawan dan kenalan. Beliau setia dan istiqamah dengan segak dan kemasnya penampilan diri dan berpakaian. Serban senantiasa di kepalanya, tidak pernah dibenarkannya kepala tidak bertutup. Beliau konsisten, istiqamah memelihara sunnah. Jirannya memberitahu bahawa mereka akan merindui suaranya yang melaungkan azan pada setiap subuh di surau Taman. Bukan sekadar pada rupa tetapi al marhum amat konsisten dengan kepentingan dan tuntutan agama. Beliaulah yang memimpin guru dan pelajar SMK Hj Ahmad Badawi dengan bacaan asma ul husna semasa perhimpunan. Begitulah beliau dikenali oleh pelajar-pelajar yang rata-rata gemar dan mendampingi dan mendengar nasihatnya. Beliau prihatin dengan perkembangan pelajar, memastikan mereka solat berjamaah, memberi tegoran dan menjaga adab-adab pergaulan.

Dikatakan penampilannya sebagai seorang yang aktivis menyebabkan beliau ditukar daripada Kolej Matrikulasi ke sebuah sekolah Tiong Hua . Namun perancangan Allah s.w.t. lebih mengatasi segalanya dan beliau bertukar pula ke Kolej Komuniti berhampiran rumahnya di Taman Bertam Indah.. Isteri beliau pula mengajar di sekolah rendah di Taman yang sama. Beliau yang terkenal sebagai seorang yang mudah berseloroh dan berjenaka secara terhormat selalu menceritakan bahawa di kolej ini beliau bebas memakai serban kerana Pengetua Kolej juga konsisten berserban. Sebenarnya Pengetua Kolej berkenaan seorang penganut Sikh. Beliau pernah menceritakan bahawa pada suatu ketika Pengetuanya memintanya dengan berkata, “Saya faham dan hormati Tuan Haji memakai serban tetapi kali ini kerana pembesar akan datang merasmikan Kolej, tolong pakai songkok.” Begitulah kelucuan masyarakat yang telah terkeliru nilai.

Al marhum tidak pernah ketinggalan daripada menghadiri muktamar sanawi ABIM Pusat kecuali pada tahun-tahun beliau melanjutkan pelajaran ke UK. Di UK pun al marhum terus terlibat aktif dengan ABIM UK. Dilaporkan pada muktamar kali ini al marhum agak vokal menyuarakan pandangan mungkin kerana inilah period transisi bagi perubahan wadah dan transisi mungkin bererti ini muktamar terakhir baginya yang sudah berusia 45 tahun. Al marhum adalah YDP ABIM Daerah SPU dan sememangnya suasana semasa amat mencabar kedudukan ABIM sebagai gerakan da’wah yang relevan tetapi al marhum tetap konsisten dan ceria memberikan semangat dan dorongan kepada sahabat-sahabat. Al marhum menyertai ABIM pada 1978 dan tidak pernah menoleh ke belakang lagi dalam perjuangannya.

Program umum terakhir kami bersama al marhum adalah rehlah Hari Keluarga ABIM Pulau Pinang di Taman Rekreasi Lata Hijau dan seperti biasa beliau datang menceriakan kami semua bersama seluruh angkatan keluarganya kecuali mereka yang sedang melanjutkan pelajaran. Anak saya yang kecil masih mengingati bahawa Hj ARZ yang memimpin bacaan asma ul husna pada pagi subuh yang syahdu itu.


Ada suatu kegemaran bersama kami di usrah semasa jamuan iaitu ais. Al marhum akan membawa bekal air sejuknya sendiri jika berbuka. Itupun dengan segala nasihat sahabat untuk tidak menggalakkannya kerana al marhum menghidap asma. Menitis air mata kami mengenang gelagatnya yang bersahaja menikmati bersama juadah hidangan apabila berusrah.

Begitulah sedikit catatan kenangan yang tidak lengkap bagi mengingati sahabatku seperjuangan.

Al marhum Haji Abd Rahim Zakaria telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalanraya semasa perjalanan pulang bersama sahabat lain daripada Muktamar Sanawi ABIM Pusat. Sahabat-sahabat lain iaitu Cikgu Zul (Pak Teh) dan Cikgu Fauziah (Mak Teh) yang kecederaan masih berada di Hospital Seberang Jaya dalam keadaan stabil. Perjalanan pulang daripada perhimpunan bagi menegakkan kalimah yang tinggi dan meneruskan perjuangan yang suci.

Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas ruhnya dan menempatkannya bersama golongan orang yang salih.

Amin.

Thursday, August 12, 2004

Why...

Kenapalah dengan aku hari ni...
fikiran asyik bercelaru...
dan kemarahan di tahap maksima walau mampu dikawal...
aku minta maaf yang tak terhingga kepada seseorang kerana aku gagal mengawal situasi hingga menyebabkan dia sedikit marah...minta maaf...aku sayangkan mereka semua..
"Ya Allah...Engkau permudahkanlah urusanku di dunia ini... Engkau kuatkanlah Iman ku ini.. Engkau pimpinkanlah diriku ini...Engkau peliharalah diriku dari sifat marah... Amin..."

Wednesday, August 11, 2004

:)

Assalamualaikum kengkawan semua...
ape khabar korang ari nie? Didoakan semoga semuanya berada dalam kandungan sihat wal'afiat-Insya Allah. Hmph...hari ni semuanya ok!!! Bab keje Insya Allah semuanya baaiiiikkk maa.... akekeke..... Kejap tadi, baru je abih meeting KMK kat opis aku. hua hua hua....kitorang dah berjaya sampai ke tahap yang kata orang-tahap nak berlagak cipan dengan departmn lain yang KMK nyer tak tersempat nak jalan. Alhamdulillah...baguslah kalo macam tu sbb ade gakpeluang kitorang untuk menang peringkat Universiti. Eeeiiiii....bestnyer.........kui kui kui...

pagi tadi, aku datang opis lewat sikit tapi, meh sini nak share dengan korang satu insiden pagi tadi. Actually, aku sedang tunggu member aku tuh kat apartmen rumah die. sambil-sambil tu, aku terpandang la sekor 'miau' nie... aku rasa die ni boy sbb biler tengok ke caranye jalan, nampak ala-ala macho gitu. Udah ler tuh, siap pakai rantai. ekor? fuh..tak yah cerita aar...kembangnyer lebih dari 'faber duster' yang jual satu singgit kat pasar malam. aku pun hemph...panggil la dier.... "pstt..", pastu die pandang. Aku pun "psstt.."skali lagi. Die pandang aku skali lagi, pastu yang tensen nyer aku....die siap pandang blkg-kiri kanan. Aku pun secara tak sengajanyer terus jer sapa "..heii u la..." Dia pun trus pandang aku dengan penuh berlagaknyer..Aku ingat die nak la datang kat aku tup tup...dia buleh blah macam tuh jerk. Adoooi....sakit kapla!!!! Umph..itulah cerita aku pasal miau pagi tadi...

oklah wei, aku pun dah nak ke departmn sebelah, nak jumpe pegawai aku-nak testing baju untuk majlis konvokesyen kat U aku nie next week.... Amacam? Buleh? tapi, bukan aku ler yang konvo-bebudak yang blajar kat u ni aar...

okaylah...
.......cauuuu ciiinnnn cauuuuuu.......

12.08.2004

Assalamulaikum wbth..

aku baru jer lepas makan tengahari. Korang dah makan blom?? kalo dah, alhamdulillah..syukur...

hmph..hari ni dah berlaku satu perkara dalam hidup aku. antara realiti dan fantasi. macam nyawa di hujung tanduk.semuanya berlaku sebab salah faham antara kakitangan kat sini. heran...Malaysia nie kecik aje, tapi semua orang sibuk nak bergaduh sana sini... anyway...aku harapkan semuanya akan kembali seperti sediakala.

aku kat sini, ala-ala pendamai antara kengkawan aku. aku takdelah baik sangat sampai pijak semut tak mati tapi, manusia memang begitu, kadangkala perlu untuk menasihati kawannya yang lain. kalo korang nak uji kengkawan korang tu buleh jadi kawan ke tak, korang buatler satu perkara yang salah/tak elok. Kome tengok..kalo diaorang takde respon tuh-hepmh...kawan makan kawan ler tuh.... tapi, kalo sebaliknya, Alhamdulillah.. itulah teman sejati yang korang cari selama ini...

actually, dalam situasi aku kat sini-aku dalam dilema. banyak perkara yang aku tahu di kedua-dua belah pihak.cumanya kadangkala aku konfius sama ade nak berterus terang atau tidak. kalau berterus terang-nanti terasa hati dan kalau tak, orang tu pulak terasa hati. "..Ya Allah, engkau permudahkanlah urusan ku ini..."

alamak! dah pukul 2pm nie. jap lagi pukul 3pm ade taklimat raptai konvo di menara A nie. oklah, petang nanti lepas ofis aku cerita lagi....

akhir kalam,
..babai..

Tuesday, August 10, 2004

Nice day

Arrrrrrggggggggghhhhhhhhhhhh...............tensen nie. sebenarnya dah panjang lebar aku taip. tetiba jer dah hilang semua bende alah tuh. Uuuuuwwaannn.....mummy.....coumennnnnnnnnnngaaa''............ :p

Monday, August 09, 2004

Ngantuk!

Hii.. it's me again..

Hmph.actually aku tak jadi pegi kursus tuh. Ntahlah...aku pun pelik bin ajaib, saper yang patut pergi nie??? Takpelah..nak buat cemana..dah jodoh.... Sebenarnya,aku banyak keje nak buat nie tapi, aduii...bos kecik aku plak tak datang. Ape lagi, biler PC die tak 'on', cemane aku nak buat keje sbb semua tuh dah sharing kat PC die..

Kat opis aku nie, masih lagi dengan arena masalah yang sama. Masalah salah faham sesama staf. Aku pun pelik, kenapa diaorg sengaja nak cari pasal... Tak puas hati lagikah? kadangkala mulut cakap "biarlah..sampai biler diaorang nak buat macam nie?...biar diaorang buat kite, tapi kite jangan buat orang lain sepertimane yang diaorg buat.." tapi, HATI aku sendiri pun tak pernah bersetuju dengan semua tuh. mungkin, iman kurang kot!! anyway, aku akan cuba jadi yang terbaik, senyumm...dan senyummmmmmm.....
Haa..meh sini..aku nak share dengan korang semua tentang petikan nie... Mariiiii......


bila kita sudah tidur, kadang-kadang kita tidak suka bangun.

kita bekerja sehari suntuk, kita betul-betul penat. jadi kita mahu tidur sepuas-puasnya. kita ada masalah tapi kita tidak ada penyelesaian. lalu kita tidur untuk melupakan semua masalah yang kita ada - lagi lama lagi bagus. di luar hujan turun mencurah-curah. waktu itu waktu yang paling seronok untuk tidur. selagi hujan tidak berhenti, selagi itu kita mahu tidur.

tapi adakalanya, kita kena bangun.

walaupun kita bekerja sampai pukul 4 pagi, kita tidak diberi cuti. kita terpaksa juga masuk kerja pukul 8.00 seperti orang lain. walaupun kita mahu 'berehat' sekejap daripada masalah yang kita ada, masalah tidak akan hilang dengan tidur. dan walaupun tidur ketika hujan lebat itu seronok, bila masuk waktu sembahyang, kita kena sembahyang.

sebab itu manusia mencipta jam loceng.

tujuannya untuk mengejutkan kita daripada tidur. mana-mana manusia yang normal akan terjaga bila terdengar bunyi jam loceng; terutamanya yang diletakkan di sebelah telinga. kalaupun kita 'berat' untuk bangun, sekurang-kurangnya kita akan bangun untuk memberhentikan bunyi jam loceng - kalau tidak pun, untuk mencampakkannya ke lantai.

dengan sebab yang sama jugalah tuhan menciptakan manusia - untuk menjadi 'jam loceng' kepada orang-orang yang 'tidur'.

Hmm..betul tak petikan tuh???Ape pendapat korang?

Sunday, August 08, 2004

First time

Assalamualaikum...

Adeh...baru jer nak mulakan cerita untuk hari nie, loceng dah bunyi pulak! Adooii..... Actually, aku pun naik heran apsal diaorg best giler berborak.. kih..kih.kih... ntahlah, stop about it!!

oklah, aku dah nak pegi kursus nie. kursus protokol maa..... doakan aku ek?!! (doakan agar aku tak tido....) oklah, adios amigos....

Monday, August 02, 2004

Berhenti Berharap

Pertama kali mendengar lagu ini....aku dah rasa best sangat.... tak sabar-sabar minta kawan aku dapatkan liriknya hehek.. Alhamdulillah berjaya juga aku akhirnya. Terima kasih kawan... Pada aku lagu ni sebuah lagu yang sememangnya terbaik.

Sheila On 7 - Berhenti Berharap
aku tak percaya lagi
dengan apa yang kau beri
aku terdampar di sini
tersudut menunggu mati
aku tak percaya lagi
akan guna matahari
yang dulu mampu terangi
sudut gelap hati ini
aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat
tak ada cinta ku dapat
kenapa ada derita
bila bahagia tercipta
kenapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan
haaaaaaaaaa.. haaa.. (2X)
aku pulang.. tanpa dendam..
ku terima.. kekalahanku..a
ku pulang.. tanpa dendam..
ku salutkan kemenanganmu..
ohh..kau ajarkan aku bahagia
kau ajarkan aku derita
kau tunjukkan aku bahagia
kau tunjukkan aku derita
kau berikan aku bahagia
kau berikan aku derita
ahaaa.. ahaaa.. ahaaaaa.. haaa.. (2X)
aku pulang.. (haaaaaa..)
tanpa dendam.. (haaaaaa..)
ku terima.. (haaaaaa..)
kekalahanku..kebahkan tangguhmu
lepaskan perlahan
kau akan mengerti semua
aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat
tak ada cinta ku dapat

KEPADA YANG BERKENAAN : jangan kau berhenti berharap....kerana harapan pasti ada di depan menunggu

Saturday, June 12, 2004

dugaanku

Hari semakin sukar bagi aku...sejak akhir-akhir ini aku jarang menjenguk ke jurnal ini....aku sibuk (tidak juga)...aku takut (mungkin ya)...aku merasa serba salah (mungkin ya). aku jadi seperti hilang kawalan...cemburu membuta tuli...marah pada keadaan yang aman...apa sudah jadi pada aku??.

aku merasa terlalu rindu dan begitu menyayangi sehinggakan aku sering salah sangka pada keadaan yang sebenarnya biasa...tetapi aku seperti merasa sesuatu yang tidak kena...mungkin hanya perasaan...jangan terlalu ikut perasaan...dan jangan hanya menjangka tanpa usul periksa. Mungkin itulah kelemahan ketara yang ada pada diri aku. Bukan aku tidak percaya...aku hanya takut jika kasih yang diberi...hempedu yang diterima...cukuplah sejarah dahulu membalut kedukaan ini.

aku begitu berharap agar kehidupan ini akan terus bahagia walau apa pun yang bakal ditempuhi...aku akan cuba memperbaiki kelemahan diri agar bisa aku menjadi lebih rasional tanpa dipermainkan oleh emosi diri. aku cuba memberitahu apa yang tersirat namun aku takut akan terjadinya kegagalan dalam perhubungan sesama manusia...aku akan cuba terus bertahan selagi kekuatan ini menjadi perisai...aku memohon agar tiada apa-apa gangguan melanda perhubungan murni ini. Kekuatan datanglah ia bersama rasional ini...kukuhkanlah ia...jangan dirobohkannya. KepadaNya aku mohon maaf...kiranya kemarahan membelenggu fikiran...rasional akan menjadi prinsip hidup aku...berjanjilah akan sentiasa setia bersama di sisiku ketika aku benar-benar memerlukan kalian...

Monday, April 12, 2004

MIXED UP

Tak boleh tidur. Kenapa la semenjak dua menjak ni aku jadi macam ni? Sometimes there's nothing on my mind pun but still tak boleh tidur. Aku cuba kosongkan fikiran tapi mata ni tetaplah tak boleh lelap.

Tapi malam ni tiba-tiba aku teringatkan seseorang yang pernah jadi a part of my life. Not my other half but still a very important person in my life once. Of course la dia tak pernah ingatkan aku. Aku pun dah buat dia benci aku. Memang aku sengaja buat macam tu. Aku tahu aku yang sakit bila buat macam tu. Tapi aku tak ada jalan lain. Biarlah dia terus terusan membenci aku. After all, dah tak ada apa pun yang kitorang boleh buat untuk menyelamatkan keadaan.
I know this time it's for good. Dah takde jalan dah untuk memulihkan segalanya. Lagipun, a one sided relationship will never work. So, I need to move on la. Apa lagi nak tunggu kan?

InsyaAllah, though the cut is deep and the pain is still there, I'll try very hard to heal it all. I don't care if it takes 2-3 years. What's important is that I can forget it all and get back on track. I'll just keep praying from now on.

Monday, March 01, 2004

Sayang (KRU)

Sayang (KRU)
Tak kupinta oh malapetaka
Yang jatuh menimpa dan menguji cinta kita
Namun daku tak sanggup lihat mu
Mengorban hidupmu semata-mata untukku
Wahai sayang
Kau sepatutnya dicinta jejaka yang lebih sempurna
Pergilah sayang
Dirimu kan tetap daku kenang

Setiap malam berlinang airmataku
Jadi perangsang merindu mu sayang

Jangan pula dikau salah sangka
Kumungkiri janji ku tak mencintai lagi
Tapi kini izin kuundur diri
Kerana ku tak mampu untuk membahagiakanmu

Memang sayang untukku melepaskanmu
Biarku tanggung deritaku

Pergilah sayang
Dirimu kan tetap daku kenang
Setiap malam berlinang airmataku
Jadi perangsang merindu mu sayang

Dakaplah daku untuk kali terakhir
Oh kasihku
Berikanku peluang ku menatapi wajahmu
Agar abadi di ingatanku

** I don't know why I fall in love with the song. But the melody and the lyrics are so touching.