Sunday, August 19, 2007

Sayang tak semestinya bermaksud cinta

Selamat Pengantin Baru
Azreena Surya & Marzuki
"..Semoga berbahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat. Amin..."

Sayang tak semestinya bermaksud cinta.sayang lebih merujuk kepada rasa prihatin seseorang individu kepada individu yang lain. simpati juga merujuk kepada keprihatinan tetapi sayang mendorong seseorang individu melakukan sesuatu untuk kebaikan individu yang disayanginya.

selalunya sayang ini ditunjukkan dengan perbuatan. seorang ibu yang selalu memasak makanan kegemaran anaknya, seorang kawan yang memberi hadiah setiap kali peristiwa penting kawannya, seorang guru yang memberi nota secara percuma kepada anak muridnya - semua mereka melakukan apa yang mereka lakukan di atas rasa sayang. malangnya tidak semua orang sedar tentang ini. anak itu mungkin menganggap ibunya memasak masakan yang sama kerana ibunya tidak tahu memasak makanan lain. seorang kawan yang diberi hadiah mungkin menganggapnya sebagai satu adat atau kebiasaan apabila menyambut peristiwa-peristiwa penting. anak murid yang menerima nota percuma menganggap nota itu nota subsidi - kerajaan yang kasi. akibatnya tidak ramai orang tahu ada orang sayangkan mereka.

kerana itu juga; walaupun kita sayangkan seseorang, kita tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan tanda sayang kita melalui perbuatan. kita mungkin sudah melakukan apa yang kita rasa sebagai tanda sayang kita, tetapi orang yang menerimanya berpandangan lain. oleh itu biarlah orang yang menerima sayang itu yang membuat penilaian.

jika sayang itu datang dari hati yang ikhlas, orang itu akan tahu.

*orang bercinta akan berkata 'awak terjun, saya terjun'.
*orang yang sayang orang lain akan berkata 'awak jangan terjun, saya taknak awak mati!'