Saturday, December 22, 2007

Akhirnya kita akan tahu juga berenang

cuba bayangkan kita secara tiba-tiba dicampak ke laut oleh kapten kapal. sedang kita masih terkapai-kapai mencari udara, kapten kapal itu mencampakkan sebiji wisel, menghidupkan enjin kapal dan perlahan-lahan berlalu meninggalkan kita. dan kita pada ketika itu langsung tidak tahu berenang.dalam situasi itu barangkali kita panik. kita tidak tahu apa hendak dibuat. di kiri laut, di kanan laut, di depan laut, di belakang juga laut.

ketika masih sedang bergelut untuk terapung, kita mengambil wisel itu dan meniupnya sekuat-kuat hati. malangnya, tidak ada sesiapa yang datang menolong.ketika itulah kita menjadi emosional. barangkali kita akan menangis. kita tidak tahu berenang, kita sudah meniup wisel tetapi tiada siapa yang boleh mendengarnya. dan kita boleh lemas dalam beberapa ketika lagi. barangkali kita akan marah. kita marah kepada kapten kapal yang entah apa alasannya mencampakkan kita ke laut. kita marah kepada diri sendiri kerana kita tidak pernah mahu belajar berenang.

barangkali kita mati akal. kita sangkakan kita akan mati tanpa kubur di laut yang terbentang luas ini. dan kita mahu pejamkan mata dan biarkan ianya berakhir dengan segera.tetapi entah macam mana, kita masih lagi terapung-apung; walaupun terteguk air laut yang masin itu entah berapa kali. kita kesejukan; badan menggeletar dan gigi dikacip rapat. kita keletihan; mata sudah hampir tertutup, perut kita kelaparan. secara tiba-tiba kita berkata kepada diri sendiri: 'saya masih belum mahu mati lagi'.

kemudian kita membayangkan orang berenang seperti yang kita pernah lihat di televisyen. kita pun cuba menirunya. kita mengerah semua tenaga yang masih ada untuk cuba berenang. semakin lama, kita sudah semakin jauh. semakin lama, semakin jauh.dan tiba-tiba di hadapan kita terpacak kapal yang kita naiki tadi dengan kapten kapal berdiri di hujungnya sambil tersenyum. dihulurkannya pelampung dan perlahan-lahan menarik kita ke kapal. kita masih marah, kita masih sedih dan kita mahu menghamburkan semuanya kepadanya. tetapi dia dengan tersenyum berkata : 'akhirnya awak tahu juga berenang'.

barangkali itulah kaedahnya bos aku melatih pekerjanya untuk melakukan sesuatu tugasan yang di luar kemahiran. mungkin di tempat lain, pekerjanya akan dihantar untuk menghadiri latihan, atau diletakkan di bawah tunjuk ajar mereka-mereka yang berpengalaman. tetapi di tempat aku bekerja ini, kaedahnya lebih menjurus kepada: 'pandai-pandailah kau buat sendiri'. satu hari aku diberi tugas yang tidak pernah aku buat. ketika cuba mendapatkan bantuan atau nasihat 'pakar', barulah aku tahu kenapa aku yang disuruh bos - pekerja lain sibuk dengan urusan masing-masing. aku cuba meminta pertolongan seorang pekerja tetapi dia juga sibuk. kalau semua orang sibuk, maknanya aku diberi kerja ini kerana aku tidak ada kerja untuk dibuat. seolah-olah bos mahu berkata: 'daripada kau duduk sahaja main internet, baik kau pergi buat kerja ni'.dan pergilah aku cuba membuat tugasan itu dengan sedikit kecewa kerana tidak ada orang yang boleh menolong.

sebenarnya ia tidaklah sesusah mana. kalau sebelum ini sudah ada orang yang berjaya membuatnya, maknanya ia memang boleh dibuat. cuma kita sahaja yang tidak yakin atau pun 'bodoh sombong'. kalau kita 'bengap' sangat pun, anggaplah sahaja seperti kita bermain permainan lego - kalau boleh masuk, sumbat. kalau tidak boleh masuk, cuba di tempat lain. dan pada petangnya, aku sudah boleh berbangga dengan kejayaan aku itu. elok sahaja tugasan selesai, bos pun bertanyakan status. dan barangkali dia gembira, kerana 'kaedah latihan'nya berjaya - tanpa perlu mengeluarkan wang. barangkali inilah juga yang boleh memberi kejayaan ke dalam hidup kita - kalau kita tidak mencuba, kita tidak akan tahu hasilnya. dan yang keduanya, walaupun tidak mempunyai guru atau tidak bersekolah tinggi, kita masih punya otak dan diri kita sendiri - kita juga boleh berjaya kalau kita menggunakan keduanya.

*jangan kerja kuat, kerjalah dengan bijaksana:)

Thursday, November 15, 2007

Bodoh macam lembu? Jahat macam syaitan?

bila kita merujuk kepada sesuatu yang bodoh, kita akan kata bodoh macam lembu.sebab lembu tidak pergi ke sekolah. disebabkan lembu tidak pergi sekolah, lembu tidak pernah mengambil mana-mana peperiksaan awam. kalau diambil pun, lembu tidak akan lulus kerana lembu tidak tahu menulis mahupun membaca. ditambah pula dengan pemakanannya yang tidak seimbang. rumput yang menjadi makanan rujinya itu dikenali umum sebagai makanan yang tidak mengandungi khasiat yang boleh meransang pertumbuhan otak. itu mungkin salah satu faktor mengapa lembu perlu ditarik hidung atau dipukul belakangnya baru boleh mengikut perintah kita.

tapi tidak kisahlah lembu itu memang bodoh atau tidak, kerana lembu tidak begitu memanfaatkan kehidupan melainkan dijadikan 'mesin rumput' dan lauk untuk kenduri.masalahnya bila ada manusia yang bodohnya macam lembu.hampir semua manusia pergi sekolah. kalau periksa tidak lulus atau dapat nombor corot pun, sekurang-kurangnya manusia yang pergi sekolah itu tidak buta huruf. tidak lulus atau dapat nombor corot sebenarnya tidak boleh dipanggil bodoh; mungkin sekadar 'tidak boleh jawab periksa'. manusia yang bodoh macam lembu ialah manusia yang walaupun pergi sekolah, tidak boleh berfikir dengan betul; tidak tahu yang mana betul dan yang mana salah. dan yang menyebabkan terjadinya bodoh macam lembu itu ialah kegagalan untuk berfikir dengan betul itu telah memporak-perandakan kehidupannya.bila kita merujuk kepada sesuatu yang jahat, kita akan kata jahat macam syaitan.sebab syaitan memang dari dulu lagi sudah bermusuh dengan manusia. syaitan akan gunakan bermacam-macam cara untuk menjauhkan manusia daripada tuhan.

bagi syaitan sudah tidak ada dosa atau pahala lagi kerana tempatnya sudah ada di neraka. sebab itu kita tidak boleh salahkan syaitan. tambahan pula syaitan tidak melakukan kejahatan itu secara fizikal. kalau mengikut undang-undang, syaitan hanya boleh didakwa di atas kesalahan menghasut.kerana yang jahat itu ialah manusia sendiri.hanya manusia-manusia tertentu sahaja yang sudah ditetapkan tempatnya di neraka. yang lain masih ada peluang untuk masuk syurga. tetapi ada juga yang nak jadi 'jiran' syaitan. diberi peluang pun masih memilih untuk buat benda-benda jahat. entah apa faedah yang diperolehi daripada berbuat jahat itu tidak pula diketahui tetapi kejahatan itu memang tidak boleh terhapus di dunia ini; walaupun kita ada polis yang mesra, cepat dan betul.orang itu; yang entah siapa namanya tidak aku tahu, aku pasti adalah jahat macam syaitan tetapi tidak pasti pula bodoh macam lembu.kerana tindakannya mencuri itu adalah satu perbuatan yang tidak baik. perbuatan yang tidak baik adalah perbuatan yang jahat. dalam undang-undang islam ada peruntukan untuk dipotong tangannya itu. dan yang menambahkan 'mata' untuk jahatnya itu ialah dia mencuri sesuatu yang kecil tetapi amat bermakna untuk orang lain. untuk mengatakannya bodoh macam lembu pun tidak boleh juga. kerana barang yang dicurinya itu walaupun kecil tetapi ada gunanya; adakalanya sangat berguna.

tambahan pula di kala keadaan memaksa, mungkin dia melakukan apa yang difikirkannya betul. dan aku juga tidak pasti adakah dia mencuri atau hanya mahu meminjam?tetapi untuk mengatakan aku bodoh macam lembu pun tidak boleh juga.siapa yang mahu mengaku dia bodoh macam lembu? tetapi orang tidak mahu belajar dari kesilapan boleh dikira bodoh macam lembu. tambahan pula kesilapan itu sudah berulang untuk banyak kali; masuk yang ini sudah empat kali. dan ia berlaku di tempat yang sama sebanyak dua kali.memang betul kata orang, harta dunia ini tidak boleh di bawa masuk kubur. tetapi sementara kita belum masuk kubur, kita mungkin memerlukannya; tidak kiralah sekecil mana pun harta dunia kita itu. dan pada hari itu aku memerlukan 'harta dunia' aku itu - senaskah buku catatan tugas.aku memang sentiasa letakkan buku aku itu di atas meja . kalau tidak digunakan, ia akan ditinggalkan disitu. baik di rumah ketika cuti atau di pejabat, aku tetap meninggalkan buku itu di atas meja. kononnya tidak ada sesiapa yang berminat untuk mencuri buku tersebut.memburukkan keadaan, hari itu aku benar-benar memerlukannya. aku boleh dibuang kerja kerananya dan sepanjang hari itu sementara menunggu masa berlalu, aku berpendapat: usah risau, masih belum terlambat untuk membetulkan keadaan.

kalau bodoh macam lembu, kita ini manusia. kita masih boleh belajar. dan kalau kita jahat macam syaitan, kita ini manusia. kita masih boleh bertaubat - semoga tuhan boleh ampunkan dosa kita.apa yang hilang akan hilang tetapi kita yang masih ada ini janganlah jadi bodoh macam lembu atau jahat macam syaitan.

Tuesday, November 06, 2007

Menyepi

Maaf la, lama aku menghilang, kini kembali untuk memecahkan sunyi yang dah lama dibiarkan... dibiarkan bersama orang yang merindui aku hehehe..
aku pun tak tahu nak tulis apa ari nih. Saja-saja nak hidupkan semula blog yang setelah lama menyepi.aku tahu mesti tertanya-tanya ke mana aku pergi. yang pasti aku masih sibuk dengan kerja kat sini. aku pun tak tahu, berapa lama aku tinggalkan blog nih keseorangan. Mungkin ada yang datang berkunjung tapi tiada pembaharuan yang dibuat. Teringin jugak nak tahu khabar orang yang sedang membaca nih. Tak banyak yang aku nak kongsikan kat dalam blog ari nih. Biarlah blog nih menjadi santapan buat sementara waktu. Mungkin selepas nih aku akan update setelah semua nya kembali stabil... tunggu aje la... aku jugak sentiasa merindui orang yang sedang membaca... salamz.

Sunday, August 19, 2007

Sayang tak semestinya bermaksud cinta

Selamat Pengantin Baru
Azreena Surya & Marzuki
"..Semoga berbahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat. Amin..."

Sayang tak semestinya bermaksud cinta.sayang lebih merujuk kepada rasa prihatin seseorang individu kepada individu yang lain. simpati juga merujuk kepada keprihatinan tetapi sayang mendorong seseorang individu melakukan sesuatu untuk kebaikan individu yang disayanginya.

selalunya sayang ini ditunjukkan dengan perbuatan. seorang ibu yang selalu memasak makanan kegemaran anaknya, seorang kawan yang memberi hadiah setiap kali peristiwa penting kawannya, seorang guru yang memberi nota secara percuma kepada anak muridnya - semua mereka melakukan apa yang mereka lakukan di atas rasa sayang. malangnya tidak semua orang sedar tentang ini. anak itu mungkin menganggap ibunya memasak masakan yang sama kerana ibunya tidak tahu memasak makanan lain. seorang kawan yang diberi hadiah mungkin menganggapnya sebagai satu adat atau kebiasaan apabila menyambut peristiwa-peristiwa penting. anak murid yang menerima nota percuma menganggap nota itu nota subsidi - kerajaan yang kasi. akibatnya tidak ramai orang tahu ada orang sayangkan mereka.

kerana itu juga; walaupun kita sayangkan seseorang, kita tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan tanda sayang kita melalui perbuatan. kita mungkin sudah melakukan apa yang kita rasa sebagai tanda sayang kita, tetapi orang yang menerimanya berpandangan lain. oleh itu biarlah orang yang menerima sayang itu yang membuat penilaian.

jika sayang itu datang dari hati yang ikhlas, orang itu akan tahu.

*orang bercinta akan berkata 'awak terjun, saya terjun'.
*orang yang sayang orang lain akan berkata 'awak jangan terjun, saya taknak awak mati!'

Saturday, April 28, 2007

Apa yang ada itulah yang terbaik untuk kita


...suatu malam yang damai... ketika aku balik kampung dan bertemu dengan kawan-kawan lama melepak di kedai char koeteow...


sebenarnya perjumpaan ini bulan lepas ketika cuti tahun baru cina... duduk bertiga menikmati char koeteow kesukaan kitorang sejak kedai tepi jalan tu dibuka lagi... tempat ni dah jadi macam venue rasmi aku dan kawan-kawan lain bertemu.. mungkin sebab keenakan char koeteow, mungkin kerana enaknya nasi lemak yang beraga-raga yang dulunya berumur 3 kupang atau 30 sen.. dan sekarang dah meningkat umur 5 kupang... dan saiznya tentulah bertambah mengikut umurnya..hahaha.. dan mungkin juga kerana tempat yang strategik... berada di laluan utama keluar dari highway.. kelihatan kereta motor menyusur...laju... hmmm... ehhh... aku bukan nak cerita tentang tempat tu.....tapi nak berkongsi tentang nasihat kawan aku tu.....

bermula dengar perkhabaran seorang teman yang akan menamatkan zaman bujangnya... kawan aku pun terus memulakan ISU ni...

"hang tau tak perempuan atau isteri ni tak bernilai langsung.." aku terkedu "ehh.. knp cakap macam tu pulak..?" kawan aku pun sambung..."sebenarnya nilai isteri atau wanita ni terletak kepada suaminya.. kalau isteri tu kita sayang dia, jaga dia leklok dan hormati dia... maka nilai seorang wanita atau isteri itu TERsangat-sangatlah tinggi..... tapi kalau isteri tu kita tak jaga leklok.. kita sepak terajang dia macam sampah... semua dia buat jadik tak kena, maka isteri tu macam dah tak ada nilai langsung.. cemanapun.. nilai seorang isteri tu sangat tinggi dan tak akan berubah selagi isteri tu setia dan menghormati suaminya.."

Dia menyambung lagi "..2 perkara je yang sangat lelaki perlukan dari seorang wanita atau isteri ni... iaitu SETIA dan SEKS sahaja.. kalau dah isteri tu dapat berikan dengan terbaiknya 2 perkara ini.. maka percayalah kekal selamanya".....hmmm...ayat yang cukup jelas dan terang maksudnya...

Sebenarnya banyak lagi perkara yang aku dapat kongsi pada malam tu.. aku cuma harap dapat menjadi isteri yang terbaik untuk lelaki pilihan aku nanti.... bukan kesempurnaan dan harta yang aku cari dari seorang lelaki.. tapi aku mencari seseorang yang dapat berkongsi kekurangan, memipin aku dikala aku kegelapan dan bersama mencari kesempurnaan itu... aku harap dia mengerti dan akan mengerti....Insya Allah...

Monday, April 16, 2007

Jangan Pandang Belakang


hmmm... sabtu baru ni.. aku dan kawan rumah aku pergi tengok wayang kat GSC Seremban 2... kitorang tengok cerita movie Jangan Pandang Belakang.... cerita yang agak menarik.. dan bagi aku inilah filem Melayu seram yang boleh kita banggakan sedikit.. jika nak dibandingkan dengan cerita Pontianak Sundal Malam tu.. hantu yang kontrol ayu plak.. nak jadi hantu.. tapi nak mekap tebal tebal.. apa hal.. dan cerita hantu macam sekumpulan orang gila yang suka sangat menjerit.. cerita Mistik.... serta cerita hantu yang paling tak best-cerita 7 Perhentian.. hantu yg suka berenti kat R&R Highway... kesimpulan cerita JPB ni bolehlah ditonton.. tetapi ia akan lebih menarik kalau jalan cerita ditambah serta dipadatkan lagi... bagi aku pelakon terbaik ialah Opah dan Tok Imam...hehehe...