Monday, November 22, 2004

WORRIED

I'm damn worried. This is about my future. Kalau la ditakdirkan aku tak bleh survive, how am i going to face everybody? I would feel so ashamed. I want to prove to everyone that i can do it. I wanted to prove that my decision all this while is R.I.G.H.T! I don't want people to say that i'm just wasting my time by making that decision.

Entahla, i hope that God still loves me and help me to face the challenge this time. I know He has always been there to help me these while. And only He knows how i feel right now!

i can't sleep

Aku cuba nak tidur dari pukul 12 tadi but now dah pukul 2 pun aku still tak boleh nak lelap. Kenapa? Macam ada something on my mind. Entah apa yang aku fikirkan tah.

Mungkin aku sedang fikirkan nasib hidup aku kot. Nasib aku memang la tak sama dengan orang lain. Ada yang lebih beruntung daripada aku and ada yang sebaliknya. Entahlah.

Kadang-kadang bila aku bangun pagi, aku rasa macam takde semangat. Semua benda yang aku hadapi terlalu rutin. Sampaikan aku dah boleh predict apa yang akan terjadi dalan hidup aku untuk hari itu. Bukanlah 100 percent accurate pun. Tapi sebab benda yang terjadi tu lebih kurang sama je setiap hari, so kiranya dah boleh agak la.

Sampai bila? Entah. However, I still have some hope that one day, things will get better. InsyaAllah

Friday, November 19, 2004

mySTUARTLERRY

STUARTLERRY adalah satu tempat peribadi.Segala yang ada di sini terhasil daripada pemikiran manusia yang sentiasa berubah-ubah.Kita tidak bertanggungjawab terhadap pembaca seandainya mendapat kesan daripada mengikuti perjalanan jernal ini.Ia dikhaskan untuk kita meluahkan segala macam bentuk perasaan yang dilalui dalam kehidupan sehariannya.Ini adalah sebuah kisah suka duka kehidupan..

Apa yang terpapar di sini bukanlah bertujuan untuk meraih perhatian sesiapa kerana matlamat kewujudan jernal ini di sini menjadi satu landasan kepada kita untuk terus menulis kerana bidang penulisan memang telah sebati dalam kehidupan.Oleh itu,sebarang ketidaksengajaan yang terdapat di sini amatlah dikesali.Setiap sokongan pembaca dan sahabat semua,didahului dengan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.Semoga persahabatan dan perhubungan yang terjalin secara maya ini mampu mengeratkan ikatan dan berkekalan hendaknya.Ukhwah fillah...

Lastly,please know that i'm still here,and will always be here watching you reading this journal from time to time,but if you're afraid i'm going to traumatize you,then i recommend you go to somewhere happier and please leave and also if you aren't prepared to see something about yourself or someone you know,please don't read this journal.

You know guys,i need some spaces to write out what is on my mind and also to express my feeling about life.Thanks for everything.Love and peace to all.

Wednesday, November 17, 2004

jika aku bercinta

Jika aku bercinta.........

Assalamualaikum... sebenarnya... aku dah lama wat posting doa ni...tapi aku nak post lagi sekali....

"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah akupada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalahcintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah akumenyentuh hati seseorang yang hatinya tertautpada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurangcinta semua.Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatikupadanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlahakupada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rindukupadanyaagar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatanindahnya bermunajat di sepertiga malamterakhirmu.Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalamperjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,jangan biarkan aku melampaui batas sehinggamelupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadihanya kepada-Mu.Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati initelah berhimpun dalam cinta pada-Mu,telahberjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalamdakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membelasyariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya.Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiadapernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami denganlimpahan keimanan kepada-Mu dan keindahanbertawakal di jalan-Mu.... ameen


Ya Robb..."AKU CINTA PADA MU KERANA DUA SISI CINTA...AKUCINTA AKAN DIRIMU.. AKU SELALU MENGINGATIMU,BUKAN YANG SELAIN MU ..ADAPUN CINTA KERANAENGKAU PATUT DICINTAI ..AKU TIDAK MENGETAHUIALAM SEBELUM AKU TAHU AKAN DIRI MU..TIADA PUJI DALAMHAL INI,DAN ITU BAGI DIRI KU.. TETAPI..PUJI DALAMHAL INI ,DAN ITU ADALAH HANYA UNTUK MU..YA RABB"-Makbulkanlah permintaanku ini ya Allah-

tik...tok...

Tik…tok..tik..tok….jam berdetik..(macam tu ker bunyi jam berdetik??)…. biar apa pun bunyi jam berdetik….. jam akan terus berdetik… walaupun jam aku ni berhenti berdetik bila habis bateri… tapi jam rumah aku akan terus berdetik… kalau jam rumah aku habis bateri…jam ayah aku masih lagi berdetik…. kesimpulannya masa itu akan terus berjalan… masa tidak bergantung kepada jam.. tapi jam yang bergantung kepada masa….jika masa tidak wujud sekarang ni… maka jam pun tidak bernilai dan wujud… jika tidak wujud masa…kita hanya memandang jam itu tidak lebih dari satu alat mekanikal yang mempunyai dua jarum..satu jarum panjang dan satu lagi jarum pendek…..

hmmm….bila sebut tentang masa ini... dalam Al-Quran juga ada disebut tentang masa…dalam satu surah tu yang selalu kita baca tu... tuhan berfirman.. "Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beramal solleh.." bila sesuatu tu disebut dalam kalam Allah ini... maka benda atau perkara itu akan dianggap penting….Aku bukan nak bercerita atau nak bersyarah tentang kepentingan masa atau menggunakan masa dengan terancang…. sebab aku rasa dah banyak pakar motivasi yang boleh cerita tentang semua itu….walhal ayah aku sendiri pun selalu berkata tentang perancangan masa ini……

tapi aku Cuma nak kaitkan masa dengan hidup aku ni…. sebab dengan masa…aku secara sedar atau buat-buat tak sedar.. dah melalui hidup ini hampir 23 tahun…. hmm…, rasa macam dah tua plak…...sepatutnya aku perlu rasa tua sebab aku dah bukan lagi budak belasan tahun lagi… aku dah masuk puluhan tahun……bila aku kenang balik apa yang berlaku sepanjang 23 tahun yang lalu…banyak sungguh pengalaman yang aku lalui…ada cerita suka dan duka…. aku rasa semua orang akan kata macam tu….. sebab 23 tahun ni bukan waktu yang singkat kan?

….walaupun dah 23 tahun ni.. aku rasa aku masih belum dapat membuktikan sesuatu kepada keluarga aku khasnya dan kepada dunia amnya….. kekadang tu aku cemburu juga dengan kejayaan orang sebaya aku macam Muqurabin… budak UiTM yang dah dapat menjadi pelajar pertama di Asia Tenggara ni yang dapat berdiri megah kat puncak Everest…… nampak memang senang... tapi dia dah lalui macam pahit getir untuk sampai ke tahap itu…. tapi aku?…setakat berdiri megah kat Gunung Jerai (pusat pelancongan kat Kedah ni) tu adalah… tapi kalau Muqarrabin naik berhari hari nak sampai…aku pulak naik tak sampai 2 jam… dengan pajero plak…. jadi apa aku nak bangga??

….. tapi aku tetap kena tanam azam…dan korang juga mesti tanam azam…. kita mesti buat sesuatu dalam hidup ini….. sebelum kita menghembus nafas yang terakhir dan meninggalkan dunia ini… kita kena buat sesuatu…… memanglah kita bukan Bush (presiden amerika yang baru menang tu).. boleh mengubah dunia… atau boleh suka-suka tuduh orang tu pengganas…orang ni pengganas….. boleh suku-suka juga serang negara orang… dari bapak dia..sampai anak dia…semuanya tak guna… betullah kata orang tua-tua dulu… "Bapa borek..anak rintik." …dua-dua tak guna…. haaaa…. marah gila aku kat dua manusia ini…. maaflah kalau teremosional…..memanglah kita tak boleh nak ikut perasaan sangat…tapi kalau dah hari-hari dah sedara aku terbunuh.. kena bom lah…. banyak pula isteri yang jadi balu….. memanglah aku terpaksa emosional…. bukankah semua umat Islam itu bersaudara?….

aku dah malas nak sebut tentang perpaduan…. sebab aku ni siapalah kat dunia ni….. bukan raja.. atau presiden sebuah negara…. tapi tak kan aku nak duduk saja..goyang kaki.. hari-hari mengira berapa ramai lagi saudara aku yang akan dibunuh!!!!

Sunday, November 14, 2004

feeling hurt

I'm just feeling hurt..

assalamualaikumwarahmatullah...
i'm just feeling so sad now and i'm down...down to the earth... ke dalam perut bumi yang paling dalam..i'm just wanna be a friend..i'm just wanna talk to someone...i'm so sad right now..i'm so sad..

Wednesday, November 10, 2004

yeaaahooo.....

Balik.... Yahooooooo!

Selamat hari Raya
Sok malam balik kampung. 17 hb baru ada di KL semula.
Ampun dan Maaf semua.Andai ada tersinggung perasaan terguris rasa.Sesungguhnya kita insan biasa.
Salam Aidilfitri untuk semua.
Wassalam

Saturday, November 06, 2004

Everythin' in our mind

" Blog Aku Yang Hampeh Ni Takde Mende Yang Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama.."
-created:tulipbiru-