Tuesday, May 10, 2005

tentang dia

Tentang dia... Sebuah filem Indonesia terbaru yang akan menjengah pawagam Malaysia 24 April akan datang. Lambat lagi tu... tapi aku dah tak sabar nak menonton filem tu. Kenapa? Sebab daripada penilaian yang telah aku jalankan ke atas filem-filem Indonesia terutamanya filem-filem terbitan Miles Production atau sutradara oleh Rudy Soedjarwo, filem-filemnya mesti meletup. Bukan meletup kerana elemen-elemen 'komersial' yang diketengahkan (istilah yang aku gunakan ini dipinjam daripada pengarah-pengarah Malaysia yang membikin filem mengikut permintaan pasaran, kononnnya) tapi sebab walaupun berkisar tentang kehidupan remaja, tapi ia bercerita dengan jujur, penuh dengan nilai-nilai estetika yang tinggi. Jangan cuba untuk mengatakan yang aku tidak layak untuk berbicara tentang filem. Ingat, inilah platform bagi orang tak berkedudukan macam aku ni bersuara.Apa-apa pun, aku nak bagi contoh.

Tengok filem AADC, remaja-remaja Indonesia baca karya Chairil Anwar, berpuisi, tapi kalau kisah remaja di Malaysia, hmmhh... tak jujur. Betul! Ada yang menjadi imej bagi remaja bandar, ada yang jadi imej remaja kampung. Kalau kisah di sekolah atau kolej, tak ada langsung tentang keilmuan. Macam pergi kolej atau sekolah memang untuk cari pasangan bercinta.

Eiffel... I'm in love. Siapa kata filem tu tak ada seni? Tengok cara penyampaian, kisah yang ditonjolkan. Semua ada makna yang tersendiri. Sebab tu aku tak sabar nak tonton Tentang Dia. Dekat Indonesia ditayangkan bulan Februari lalu.

Satu maklumat tambahan, kalau nak tahu, filem Tentang Dia diadaptasi dari cerpen karya Melly Goeslow. Ha! Siapa kata insan seni tak pandai berkarya dalam bidang penulisan. Tapi, orang Indonesia lagi kreatif. Filem bermutu diterbitkan dari novel dan cerpen serta karya yang juga bermutu. Malaysia bila lagi?p/s : Siti bila nak buat cerpen? Hehehe...

Catatan blog atau jurnal sangat bererti dan berguna. Bukan sahaja pada penulis malah pada pembaca. Kadang-kadang ada ilmu, atau maklumat yang tidak diketahui dari akhbar diketahui dari catatan blog. Kenapa? Macam yang aku cakap, blog melambangkan kebebasan bersuara. Tanpa terikat dengan mana-mana pihak, jujur dalam berkarya. Malah, tidak keterlaluan jika aku katakan blog adalah medium terbaik bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat yang sahih dan benar. Kadangkala, blog dapat merapatkan atau menghubungkan 2 insan yang saling tidak mengenali, dan saling berpisah akibat lautan menjadi rapat dan dapat saling bertukar-tukar maklumat atau pandangan. Itulah faedah blog.

Kadangkala ada yang masih tertanya-tanya apakah tujuan blog? Buat apa tulis blog? Tapi, lepas tulis baru kita tahu kepuasan yang akan kita dapat. Bayangkan, kita tengah susah hati dilanda masalah, tapi lepas tulis dalam blog, dilepaskan dalam sebuah catatan yang dibaca oleh kadangkala berbelas-belas orang sehari, diberi respons... tidakkah itu akan menaikkan semula semangat kita. Tambahan pula, dengan blog kita boleh memberi sesuatu pandangan dari sudut kita sendiri. Jadi, fikir-fikirkanlah.

Jangan hanya fikir yang negatif dan jangan tulis tanpa mengetahui apa yang ingin ditulis kerana jika kita tulis apa yang kita mahu tulis, hasilnya akan memuaskan hati kita dan hati orang lain yang mula membaca dan meminati blog kita. Panjang aku membebel hari ni kan? Harap tak terpadam macam hari tu... Ok.. jumpa lagi di lain hari dan masa. Dan kepada semua teman seblog, teruskan perjuangan!!

Friday, March 04, 2005

kerja! kerja! kerja!

Semalam aku agak keletihan...dari pagi hingga ke malam aku menyelesaikan tugas yang bukan aku suka...namun demi tugas, aku terpaksa pastikan ianya mencapai matlamat. Sememangnya manusia bekerja untuk melengkapkan diri untuk mencari pendapatan...tapi adakah kita betul-betul ikhlas melakukannya atau sekadar untuk mengikut arahan dari orang atas yang entah apa-apa. Aku rasa begitu lemas kini kerana setiap yang aku lakukan seperti dikerah, diperhati dan bukan dengan rela hati. Aku hanya mampu bertahan tatkala berdepan dengan mereka...diluahkan serba salah...kerja tanpa sistem yang betul memang begitu merungsingkan...aku hanya menetapkan pendirian aku bahawa kini aku bekerja bukanlah untuk mencari kepuasan bekerja sepenuhnya tetapi hanyalah untuk melengkapkan sesuap nasi untuk dialurkan ke perut. Rindu akan suasana kerja di KMPP.....

Tuesday, March 01, 2005

sakit

Semalam aku mendapat cuti dari doktor....hemph..aku sakit lagi....oleh itu aku seakan menyepi semalam...ada rahsia yang belum perlu ku perjelaskan pada semua...sepi itu mendamaikan namun ada sepi yang merungsingkan... :(

Saturday, January 29, 2005

BORED

Kepala aku serabut. Banyak sangat benda yang bermain-main dalam kepala. Macam-macam perasaan yang ada dalam hati ini. Kecewa, sedih, marah, kusut, buntu.. semuanya datang sekali. Bertalu-talu. Arghhh..! Kusut sungguh aku sekarang. Orang mungkin tak nampak sebab aku masih lagi ceria dan masih mampu tersenyum. Eloklah macam tu. Lebih bagus kalau kita tidak membebankan orang lain dengan masalah kita. Setiap orang ada masalah tersendiri. Masalah yang kecil pada aku mungkin dianggap besar kalau orang lain yang menghadapinya dan begitulah sebaliknya.

Sebenarnya besar atau kecil pun ia tetap masalah. Apa yang penting ialah macam mana seseorang itu mengawal diri bila menghadapi masalah. Mungkin masa mula-mula masalah itu datang, aku rasa sangat kecewa. Nasib baik ada orang yang sudi mendengar. Sekarang ini ia bertambah rumit dan aku tak tahu macam mana lagi nak buat. Aku tak minta orang yang mendengar itu bersusah payah memikirkan masalah aku, apa yang aku mahu hanyalah seseorang yang boleh menenangkan perasaan aku. Itu saja.

Friday, January 28, 2005

Tahun Baru 2005

Pantas masa berlalu tanpa aku sedari....hidup ini menjadi semakin sukar dan terlalu meletihkan...namun itulah ertinya hidup....susah senang terpaksa ditempuhi walau payahnya hanya yang empunya diri mengetahuinya.....aku memohon maaf kepada mak dan ayah sekiranya aaku masih lagi menyusahkan hidup mereka...tahun baru ini aku akan usahakan segalanya bersendiri...bukan bermaksud untuk menolak pertolongan cuma terlalu banyak pengorbanan yang mereka dah curahkan...terima kasih tak terhingga...

aku cuba berikan yang terbaik untuk tahun ini...walau adakalanya hidup ini terasa begitu sepi dan sunyi....aku tidak pernah memaksa...dan tidak pula suka dipaksa biarlah segala yang terjadi berlaku dengan kerelaan...itu adalah lebih mulia.....tolong pelihara hubungan ini agar ianya akan tetap utuh-ukhwah fillah-walau kadangkala hati ini pernah terguris....Aku di tahun baru ini adalah aku yang tersendiri....dan aku akan berusaha agar tahun ini akan terus memberi seribu sinaran dalam hidup yang belum tentu bilakan tamatnya.....

Monday, January 03, 2005

salam takziah

Salam takziah aku ucapkan kepada mereka yang terlibat dengan gempa Isnin lalu di Sumatera utara. Sebagai insan yang serba daif dan tidak berkemampuan, tiada apa yang dapat aku lakukan melainkan berdoa agar Allah s.w.t menyuluhkan sinar harapan kepada mereka yang berada di sana.Maaf, masih sedih dan bersimpati dengan kejadian yang menimpa.

Apa yang mampu aku lakukan ialah, aku harap ada antara mereka yang mempunyai hubungan Internet dan terselamat dari bencana itu dapat mendengar lagu Suluhkan Sinar yang didendangkan oleh Barisan Artis Bersatu Malaysia. Kepada warga Indonesia, kami prihatin. Tidak kira siapa kami di Malaysia ini, kami tetap prihatin dan ambil tahu.

Salam kesedihan dari Shah Alam...