Friday, August 27, 2004

27 Ogos 2004

Assalamualaikum...
Hii...korang buat ape haa.... oOooo...korang tengah jernel nie ek?? kih kih kih... Hari ni semuanya dah hampir kembali seperti biasa.

Kesedihan aku, memang kalau difikirkan memang tak ke mane pun. Jadi, hidup mesti diteruskan. Ajal maut ditangan Tuhan... Ape yang penting buat masa sekarang nie, aku rasa seronok sangat :) "...yuuummmmiiiee......." sebab plan aku untuk tolong keluarga Allahyarham Tn Hj Rahim hampir berjaya.

Untuk makluman korang, jap tadi Nan (kitorang punyer president persatuan) tepon aku. So, bincang punyer bincang, Alhamdulillah mungkin diaorg akan turun ke rumah arwah untuk tengok cara macam mane nak sumbangkan bantuan. diantara yang dicadangkan oleh Nan, ramai ahli persatuan dah bekerja so, mungkin diaorg buleh amik sorang adik angkat. Maksudnya kita jaga kebajikan diorang dalam pelajaran.... tapi, itu hanya perancangan namun bersangka baik dengan Allah swt moga-moga semua tu menjadi kenyataan, Insya Allah...

Pagi tadi, zaujah arwah tepon aku. katanya baru balik dari kemas barang arwah di KKKB. Sedih sangat tapi, itulah....kadangkala ape yang disangka tak berlaku seperti sebenarnya...

Oklah, aku pun dah rasa macam erm...no idea. Nanti, kita jumpe lagi di arena yang akan datang, Insya Allah..

p/s : aku tengah keje malam dengan zura nie.. peh..kitorang boring giler..."..wek!!.."sebab orang takde. Oklah..aku masih lagi fikir cemane nak bantu keluarga arwah. kalau korang ade idea...cakapla kat aku..

Akhir kalam,
wassalam...

Wednesday, August 25, 2004

Kenanganku 25 Ogos 2004

Sahabatku telah pulang untuk kembali selamanya ke rahmatullah, ke pangkuan Allah s.w.t. pada suatu perjalanan yang murni. Al marhum Hj Abd Rahim Zakaria atau gelarannya ARZ di kalangan kenalan dan pelajarnya yang ramai. Beliau memperkenalkan dirinya dalam sessi ta’ruf sebagai “mempunyai seorang isteri dan 10 orang anak.” Beliau seorang bapa dan suami yang amat penyayang. Beliau menghadiri program ABIM bersama kesemua keluarganya tanpa bermasalah. Isterinya yang setia dan disayangi, Puan Hanim seorang yang bersama komited dengan perjuangan suami dan seorang pemimpin Helwa.

Hj ARZ adalah seorang pendidik dan penda’wah. Al marhum seorang yang peramah dan mempunyai ramai kawan dan kenalan. Beliau setia dan istiqamah dengan segak dan kemasnya penampilan diri dan berpakaian. Serban senantiasa di kepalanya, tidak pernah dibenarkannya kepala tidak bertutup. Beliau konsisten, istiqamah memelihara sunnah. Jirannya memberitahu bahawa mereka akan merindui suaranya yang melaungkan azan pada setiap subuh di surau Taman. Bukan sekadar pada rupa tetapi al marhum amat konsisten dengan kepentingan dan tuntutan agama. Beliaulah yang memimpin guru dan pelajar SMK Hj Ahmad Badawi dengan bacaan asma ul husna semasa perhimpunan. Begitulah beliau dikenali oleh pelajar-pelajar yang rata-rata gemar dan mendampingi dan mendengar nasihatnya. Beliau prihatin dengan perkembangan pelajar, memastikan mereka solat berjamaah, memberi tegoran dan menjaga adab-adab pergaulan.

Dikatakan penampilannya sebagai seorang yang aktivis menyebabkan beliau ditukar daripada Kolej Matrikulasi ke sebuah sekolah Tiong Hua . Namun perancangan Allah s.w.t. lebih mengatasi segalanya dan beliau bertukar pula ke Kolej Komuniti berhampiran rumahnya di Taman Bertam Indah.. Isteri beliau pula mengajar di sekolah rendah di Taman yang sama. Beliau yang terkenal sebagai seorang yang mudah berseloroh dan berjenaka secara terhormat selalu menceritakan bahawa di kolej ini beliau bebas memakai serban kerana Pengetua Kolej juga konsisten berserban. Sebenarnya Pengetua Kolej berkenaan seorang penganut Sikh. Beliau pernah menceritakan bahawa pada suatu ketika Pengetuanya memintanya dengan berkata, “Saya faham dan hormati Tuan Haji memakai serban tetapi kali ini kerana pembesar akan datang merasmikan Kolej, tolong pakai songkok.” Begitulah kelucuan masyarakat yang telah terkeliru nilai.

Al marhum tidak pernah ketinggalan daripada menghadiri muktamar sanawi ABIM Pusat kecuali pada tahun-tahun beliau melanjutkan pelajaran ke UK. Di UK pun al marhum terus terlibat aktif dengan ABIM UK. Dilaporkan pada muktamar kali ini al marhum agak vokal menyuarakan pandangan mungkin kerana inilah period transisi bagi perubahan wadah dan transisi mungkin bererti ini muktamar terakhir baginya yang sudah berusia 45 tahun. Al marhum adalah YDP ABIM Daerah SPU dan sememangnya suasana semasa amat mencabar kedudukan ABIM sebagai gerakan da’wah yang relevan tetapi al marhum tetap konsisten dan ceria memberikan semangat dan dorongan kepada sahabat-sahabat. Al marhum menyertai ABIM pada 1978 dan tidak pernah menoleh ke belakang lagi dalam perjuangannya.

Program umum terakhir kami bersama al marhum adalah rehlah Hari Keluarga ABIM Pulau Pinang di Taman Rekreasi Lata Hijau dan seperti biasa beliau datang menceriakan kami semua bersama seluruh angkatan keluarganya kecuali mereka yang sedang melanjutkan pelajaran. Anak saya yang kecil masih mengingati bahawa Hj ARZ yang memimpin bacaan asma ul husna pada pagi subuh yang syahdu itu.


Ada suatu kegemaran bersama kami di usrah semasa jamuan iaitu ais. Al marhum akan membawa bekal air sejuknya sendiri jika berbuka. Itupun dengan segala nasihat sahabat untuk tidak menggalakkannya kerana al marhum menghidap asma. Menitis air mata kami mengenang gelagatnya yang bersahaja menikmati bersama juadah hidangan apabila berusrah.

Begitulah sedikit catatan kenangan yang tidak lengkap bagi mengingati sahabatku seperjuangan.

Al marhum Haji Abd Rahim Zakaria telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalanraya semasa perjalanan pulang bersama sahabat lain daripada Muktamar Sanawi ABIM Pusat. Sahabat-sahabat lain iaitu Cikgu Zul (Pak Teh) dan Cikgu Fauziah (Mak Teh) yang kecederaan masih berada di Hospital Seberang Jaya dalam keadaan stabil. Perjalanan pulang daripada perhimpunan bagi menegakkan kalimah yang tinggi dan meneruskan perjuangan yang suci.

Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas ruhnya dan menempatkannya bersama golongan orang yang salih.

Amin.

Thursday, August 12, 2004

Why...

Kenapalah dengan aku hari ni...
fikiran asyik bercelaru...
dan kemarahan di tahap maksima walau mampu dikawal...
aku minta maaf yang tak terhingga kepada seseorang kerana aku gagal mengawal situasi hingga menyebabkan dia sedikit marah...minta maaf...aku sayangkan mereka semua..
"Ya Allah...Engkau permudahkanlah urusanku di dunia ini... Engkau kuatkanlah Iman ku ini.. Engkau pimpinkanlah diriku ini...Engkau peliharalah diriku dari sifat marah... Amin..."

Wednesday, August 11, 2004

:)

Assalamualaikum kengkawan semua...
ape khabar korang ari nie? Didoakan semoga semuanya berada dalam kandungan sihat wal'afiat-Insya Allah. Hmph...hari ni semuanya ok!!! Bab keje Insya Allah semuanya baaiiiikkk maa.... akekeke..... Kejap tadi, baru je abih meeting KMK kat opis aku. hua hua hua....kitorang dah berjaya sampai ke tahap yang kata orang-tahap nak berlagak cipan dengan departmn lain yang KMK nyer tak tersempat nak jalan. Alhamdulillah...baguslah kalo macam tu sbb ade gakpeluang kitorang untuk menang peringkat Universiti. Eeeiiiii....bestnyer.........kui kui kui...

pagi tadi, aku datang opis lewat sikit tapi, meh sini nak share dengan korang satu insiden pagi tadi. Actually, aku sedang tunggu member aku tuh kat apartmen rumah die. sambil-sambil tu, aku terpandang la sekor 'miau' nie... aku rasa die ni boy sbb biler tengok ke caranye jalan, nampak ala-ala macho gitu. Udah ler tuh, siap pakai rantai. ekor? fuh..tak yah cerita aar...kembangnyer lebih dari 'faber duster' yang jual satu singgit kat pasar malam. aku pun hemph...panggil la dier.... "pstt..", pastu die pandang. Aku pun "psstt.."skali lagi. Die pandang aku skali lagi, pastu yang tensen nyer aku....die siap pandang blkg-kiri kanan. Aku pun secara tak sengajanyer terus jer sapa "..heii u la..." Dia pun trus pandang aku dengan penuh berlagaknyer..Aku ingat die nak la datang kat aku tup tup...dia buleh blah macam tuh jerk. Adoooi....sakit kapla!!!! Umph..itulah cerita aku pasal miau pagi tadi...

oklah wei, aku pun dah nak ke departmn sebelah, nak jumpe pegawai aku-nak testing baju untuk majlis konvokesyen kat U aku nie next week.... Amacam? Buleh? tapi, bukan aku ler yang konvo-bebudak yang blajar kat u ni aar...

okaylah...
.......cauuuu ciiinnnn cauuuuuu.......

12.08.2004

Assalamulaikum wbth..

aku baru jer lepas makan tengahari. Korang dah makan blom?? kalo dah, alhamdulillah..syukur...

hmph..hari ni dah berlaku satu perkara dalam hidup aku. antara realiti dan fantasi. macam nyawa di hujung tanduk.semuanya berlaku sebab salah faham antara kakitangan kat sini. heran...Malaysia nie kecik aje, tapi semua orang sibuk nak bergaduh sana sini... anyway...aku harapkan semuanya akan kembali seperti sediakala.

aku kat sini, ala-ala pendamai antara kengkawan aku. aku takdelah baik sangat sampai pijak semut tak mati tapi, manusia memang begitu, kadangkala perlu untuk menasihati kawannya yang lain. kalo korang nak uji kengkawan korang tu buleh jadi kawan ke tak, korang buatler satu perkara yang salah/tak elok. Kome tengok..kalo diaorang takde respon tuh-hepmh...kawan makan kawan ler tuh.... tapi, kalo sebaliknya, Alhamdulillah.. itulah teman sejati yang korang cari selama ini...

actually, dalam situasi aku kat sini-aku dalam dilema. banyak perkara yang aku tahu di kedua-dua belah pihak.cumanya kadangkala aku konfius sama ade nak berterus terang atau tidak. kalau berterus terang-nanti terasa hati dan kalau tak, orang tu pulak terasa hati. "..Ya Allah, engkau permudahkanlah urusan ku ini..."

alamak! dah pukul 2pm nie. jap lagi pukul 3pm ade taklimat raptai konvo di menara A nie. oklah, petang nanti lepas ofis aku cerita lagi....

akhir kalam,
..babai..

Tuesday, August 10, 2004

Nice day

Arrrrrrggggggggghhhhhhhhhhhh...............tensen nie. sebenarnya dah panjang lebar aku taip. tetiba jer dah hilang semua bende alah tuh. Uuuuuwwaannn.....mummy.....coumennnnnnnnnnngaaa''............ :p

Monday, August 09, 2004

Ngantuk!

Hii.. it's me again..

Hmph.actually aku tak jadi pegi kursus tuh. Ntahlah...aku pun pelik bin ajaib, saper yang patut pergi nie??? Takpelah..nak buat cemana..dah jodoh.... Sebenarnya,aku banyak keje nak buat nie tapi, aduii...bos kecik aku plak tak datang. Ape lagi, biler PC die tak 'on', cemane aku nak buat keje sbb semua tuh dah sharing kat PC die..

Kat opis aku nie, masih lagi dengan arena masalah yang sama. Masalah salah faham sesama staf. Aku pun pelik, kenapa diaorg sengaja nak cari pasal... Tak puas hati lagikah? kadangkala mulut cakap "biarlah..sampai biler diaorang nak buat macam nie?...biar diaorang buat kite, tapi kite jangan buat orang lain sepertimane yang diaorg buat.." tapi, HATI aku sendiri pun tak pernah bersetuju dengan semua tuh. mungkin, iman kurang kot!! anyway, aku akan cuba jadi yang terbaik, senyumm...dan senyummmmmmm.....
Haa..meh sini..aku nak share dengan korang semua tentang petikan nie... Mariiiii......


bila kita sudah tidur, kadang-kadang kita tidak suka bangun.

kita bekerja sehari suntuk, kita betul-betul penat. jadi kita mahu tidur sepuas-puasnya. kita ada masalah tapi kita tidak ada penyelesaian. lalu kita tidur untuk melupakan semua masalah yang kita ada - lagi lama lagi bagus. di luar hujan turun mencurah-curah. waktu itu waktu yang paling seronok untuk tidur. selagi hujan tidak berhenti, selagi itu kita mahu tidur.

tapi adakalanya, kita kena bangun.

walaupun kita bekerja sampai pukul 4 pagi, kita tidak diberi cuti. kita terpaksa juga masuk kerja pukul 8.00 seperti orang lain. walaupun kita mahu 'berehat' sekejap daripada masalah yang kita ada, masalah tidak akan hilang dengan tidur. dan walaupun tidur ketika hujan lebat itu seronok, bila masuk waktu sembahyang, kita kena sembahyang.

sebab itu manusia mencipta jam loceng.

tujuannya untuk mengejutkan kita daripada tidur. mana-mana manusia yang normal akan terjaga bila terdengar bunyi jam loceng; terutamanya yang diletakkan di sebelah telinga. kalaupun kita 'berat' untuk bangun, sekurang-kurangnya kita akan bangun untuk memberhentikan bunyi jam loceng - kalau tidak pun, untuk mencampakkannya ke lantai.

dengan sebab yang sama jugalah tuhan menciptakan manusia - untuk menjadi 'jam loceng' kepada orang-orang yang 'tidur'.

Hmm..betul tak petikan tuh???Ape pendapat korang?

Sunday, August 08, 2004

First time

Assalamualaikum...

Adeh...baru jer nak mulakan cerita untuk hari nie, loceng dah bunyi pulak! Adooii..... Actually, aku pun naik heran apsal diaorg best giler berborak.. kih..kih.kih... ntahlah, stop about it!!

oklah, aku dah nak pegi kursus nie. kursus protokol maa..... doakan aku ek?!! (doakan agar aku tak tido....) oklah, adios amigos....

Monday, August 02, 2004

Berhenti Berharap

Pertama kali mendengar lagu ini....aku dah rasa best sangat.... tak sabar-sabar minta kawan aku dapatkan liriknya hehek.. Alhamdulillah berjaya juga aku akhirnya. Terima kasih kawan... Pada aku lagu ni sebuah lagu yang sememangnya terbaik.

Sheila On 7 - Berhenti Berharap
aku tak percaya lagi
dengan apa yang kau beri
aku terdampar di sini
tersudut menunggu mati
aku tak percaya lagi
akan guna matahari
yang dulu mampu terangi
sudut gelap hati ini
aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat
tak ada cinta ku dapat
kenapa ada derita
bila bahagia tercipta
kenapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan
haaaaaaaaaa.. haaa.. (2X)
aku pulang.. tanpa dendam..
ku terima.. kekalahanku..a
ku pulang.. tanpa dendam..
ku salutkan kemenanganmu..
ohh..kau ajarkan aku bahagia
kau ajarkan aku derita
kau tunjukkan aku bahagia
kau tunjukkan aku derita
kau berikan aku bahagia
kau berikan aku derita
ahaaa.. ahaaa.. ahaaaaa.. haaa.. (2X)
aku pulang.. (haaaaaa..)
tanpa dendam.. (haaaaaa..)
ku terima.. (haaaaaa..)
kekalahanku..kebahkan tangguhmu
lepaskan perlahan
kau akan mengerti semua
aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat
tak ada cinta ku dapat

KEPADA YANG BERKENAAN : jangan kau berhenti berharap....kerana harapan pasti ada di depan menunggu