Thursday, December 31, 2009

2010

Hurm..masuk tahun 2010, blog aku dah berusia 6 tahun dah. Dalam waktu itu disinilah tempat aku meluahkan perasaan, mencoret apa sahaja yang terlintas dihati dari aku bersendiri sehinggalah berdua. Antara ketawa dan air mata. Antara kecewa dan bahagia.

Alhamdulilah, 2010 akhirnya dapat aku temui. Usia aku dipanjangkan Allah untuk terus bernafas didunia ini dan tidak lupa juga dengan kebahagiaan dan kegembiraan juga sedih dan kecewa yang aku terima. Benarlah pesan Nabi...isteri yang solehah adalah harta yang paling bermakna dalam dunia ini...dan sekarang aku memahami keadaan itu... Kehidupan ini menjadi terlalu indah buat aku dan dia. Aku hanya ada dia. Dialah yang mengubah malamku menjadi malam paling indah, dialah yang mengubah siangku menjadi siang yang paling bercahaya dan dia sentiasa mengubah sedihku menjadi ketawaku dan dia jugalah yang mengubah takutku menjadi kekuatanku.

Selamat tahun 2010. semoga tahun ini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Insya Allah...

Monday, December 14, 2009

aku ingin terbang

Kekadang kita rasa hidup ini menyimpang dari apa yang diri kita nakkannya. Kekadang kita rasa terpinggir dan macam tidak diperlukan dalam apa yang kita jalani sebelum ini dengan jayanya. Kekadang kita rasai usaha kita tak dihargai dan tak mendapat sokongan semangat untuk kita teruskan sesuatu usaha itu.

Aku hendak maju dan merebut peluang yang ada namun hatiku terasa macam dibunuh di situ takala cuba ajurkan sesuatu. Kini semangatku hampir patah dan terasa macam tak nak peduli lagi akan sesuatu itu. Aku cuba terbang dengan segala kudrat yang ada. namun aku tak berdaya...

Kekadang aku terasa ingin menarik diri dan mencuba angin yang lain, namun hatiku takut akan rasa bersalah dan merenggangkan ukhwah itu. Pada aku kenapa hanya satu, mana perginya mendua , mentiga , menempat , menlima dan entahlah...

Namun apa yang aku rasa tak semestinya jadi nyata tanpa usaha.

Wednesday, December 09, 2009

Hidup masih perlu diteruskan

Terlalu banyak yang aku nak luahkan namun isi hati ini seakan berkata sesuatu membisik senyap menyuruh aku berhenti...

perjalanan hidup yang aku lalui selama ini terlalu cukup memberi dugaan walau yang datang dan hampir itu tidaklah sebesar mana...mungkin aku belum cukup kuat menerima pelbagai ujian...kerana itulah aku sebegitu menghormati mereka yang tabah di luar sana... hurm, Kenapa dengan aku hari ni??... fikiran asyik bercelaru... dan kemarahan di tahap maksima walau mampu di kawal...aku minta maaf yang tak terhingga kerana aku masih gagal mengawal situasi

"..Ya Allah...engkau permudahkanlah urusanku di dunia ini... Engkau kuatkanlah Iman ku ini.. Engkau pimpinkanlah diriku ini...Engkau peliharalah diriku dari sifat marah...Engkau tenangkanlah jiwaku ini... Amin..."