Tuesday, July 29, 2008

wake up in the morning

when we wake up in the morning... we have two simple choice... go back to sleep and dream.... or wake up and chase those dreams... choice is yours.......

hmmm..... apakah perkara pertama yang terlintas di kepala kita setiap kali bangun dari tidur?? setiap daripada kita punyai alasan tersendiri untuk memikirkan perkara pertama di minda untuk memulakan hari baru.... adakah pekara pertama itu dapat membuatkan hari kita hari ini lebih baik dari semalam...? adakah hari kita hari ini lebih buruk dari semalam....? nabi dah pesan... celakalah orang yang harinya lebih buruk dari semalam.........tetapi percayalah... orang yang berjaya adalah orang yang bangun pada hari itu untuk menjadi manusia terhebat pada hari itu.... bangun untuk menjadi lebih cemerlang dari semalam.... bangun untuk melihat hari esok menjadi hari yang lebih baik untuk masa hadapan......

aku? apakah yang menjadi perkara pertama di otakku setiap kali bangun untuk memulakan hari baru???..... tipulah andai aku menyatakan aku memikirkan perkara lain selain tentang hari perkahwinanku yang tinggal tak sampai sebulan lagi..... memikirkan tentang dia adalah perkara pertamaku setiap pagi bila bangun dari tidur... dialah alasan aku untuk memulakan setiap hari dengan cemerlang..............hanya dia.. hanyalah dia yang buatkan aku bangun untuk bekerja lebih keras lagi... hanya dia yang buatkan aku berfikir bagaimana untuk menjadi isteri, ibu untuk keluarga ini...

Thursday, July 24, 2008

Kenapa dengan aku ni?

Sebenarnya dalam kepala aku ni terlalu banyak yang ingin aku tulis, terlalu banyak yang ingin aku ceritakan, terlalu banyak dan banyak dan banyak... dalam keadaan sekarang, aku keliru, aku tersepit antara terhimpit, aku terkepit... "Ya Allah, bantulah hambamu ini.."

Kekadang aku rasa macam aku nak lari, lari jauh dari semua masalah yang aku sedang hadapi, lari dari semua orang yang mengenali diri aku... tapi ke mana? sampai bila aku harus begini? lari dari masalah bukanlah penyelesaian yang baik. Aku akur dengan penjelasan itu. dalam hidup ini aku diuji dengan bermacam dugaan dan cabaran. Sudah fitrah alam, aku redha..

kadangkala ujian sebeginilah yang membuatkan kita hilang pertimbangan, kadangkala keadaan yang sukar ini membuatkan kita teramat kecewa dan marah. marah? mungkin marah pada diri sendiri. tapi Sesungguhnya Tuhan ini hanya menguji hambanya yang sabar, Alhamdulillah..

insan comel,
hadapilah dengan tenang dengan senyuman. hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan kesedihan dan kekecewaan.

Thursday, July 10, 2008

Harapan cintaku

.........hmm...aku menghitung hari dengan bermacam-macam perasaan yang bercampur baur... semua jenis perasaan bermain-main dalam hati... ada perasaan gementar.. perasaan sangat bahagia.. perasan risau... semua perasaan itu silih berganti... termasuk hari ini... ada lagi kurang dari 50 hari sahaja lagi dari satu hari yang akan merubah seluruh hidup aku... hari perjanjian aku dan bakal suami aku kepada Allah di hadapan tok iman.. bersaksikan 3 orang saksi dan disaksikan oleh seluruh orang penting dalam hidup aku...

Aku yakin dan pasti bahang perjanjian ini lebih hebat terhadap dia. Semuanya adalah untuk berjanji kepada Allah untuk menjaga seorang wanita yang telah Allah tulis sebagai jodoh dia yang satu.. dan dia akan diamanahkan oleh waliku yang sah untuk melindungi aku seluruh hidup dia.... sesungguhnya biar apa jua perasaan yang silih berganti di sanubariku.... aku tetap yakin dialah yang terbaik buatku di dunia dan akhirat.... dialah jawapan kepada istikharahku.. dialah jawapan untuk setiap doaku kepada ilahi.. Tuhan pencipta aku, dia, kamu dan semuanya......

kadangkala aku tertanya di dalam hatiku... adakah lagi lelaki sejujur dia????...adakah lagi lelaki yang mampu mencintai aku sebaik dia????....akan adakah lagi lelaki yang mampu menghormati aku selayaknya????....dan sesungguhnya.... semakin banyak aku bertanya kepada diri sendiri....aku tak mampu lagi menipu diri untuk menyatakan akan ada lagi lelaki sehebat dia....hanya dia yang akan aku abdikan diri untuk melindunginya dan mencintainya.............dan dengan sejujurnya.. akan berdoa dan berharap dia akan menerima nikahnya iaitu aku.... dan dia akan menyintaiku hingga nafasnya yang terakhir..................................................... Insya Allah....

Tuesday, June 03, 2008

hidupku di separuh perjalanan

"Tuhan sengaja sembunyikan matahari dan beri kita guruh dan kilat yang kuat, kerana bila kita dapat hadapi guruh dan kilat itu... Tuhan akan kembalikan kita matahari dan Tuhan akan hadiahkan kita pelangi yang sangat indah bersama matahari itu.."

Mendalam maksud kata-kata di atas bagi aku....

Manusia yang sentiasa diuji Tuhan adalah manusia yang Tuhan sangat sayangi... semakin kuat ujian Tuhan semakin kuat kasih Tuhan kepada kita... tengoklah sirah nabi kita Muhammmad S.A.W... baginda adalah kekasih Allah.. tetapi baginda menerima ujian yang sangat hebat dalam mengembangkan agama Allah.. pernah kasut baginda dipenuhi darah baginda sendiri akibat dilontar dengan batu... tapi baginda tetap mendoakan orang-orang yang menyeksa baginda itu.... batu dibalas bunga.. hinaan dibalas senyuman... makian dibalas dengan doa.... hmmm... sesungguhnya aku terlalu jauh dari sifatmu Ya Rasulullah....

aku tak mampu untuk sepertimu.. insan mulia sanjungan seluruh umat......hmmm.... sekarang dah masuk bulan enam.. sekejap je dah lima bulan dalam tahun ni dah berlalu.... banyak yang dah berubah.... semuanya dah berubah... umur pun dah meningkat ni... Alhamdulillah aku bersyukur dengan hidup sekarang... aku sekarang nak berubah menjadi orang yang baru..... aku ingin melakukan satu transformasi dalam hidup ni.... bukan untuk menjadi sesiapa.. tetapi ingin menjadi diri aku yang baru.... bukan aku membenci diri aku yang lama.. tetapi sebagai manusia aku perlu berubah..... aku lebih suka mendengar dari berkata-kata... secara lumrahnya manusia suka mendengar suaranya sendiri.. tetapi nabi pernah pesan... 'mendiamkan diri lebih baik dari berkata perkara yang sia-sia...' ....sabar... sabar.. sabar... sabar itukan separuh dari iman.... bukan mudah untuk ada sifat sabar ni...... tapi percayalah.. setiap satu kesabaran kita.. kita akan mendapat seribu kebaikan dari kesabaran itu...Insya Allah...

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat mereka yang bergelar guru... Buat ibu angkat aku.. buat keluarga dan sahabat handai aku...

Sesungguhnya jasamu guru memang tiada tolok bandingnya... bila Hari Guru jer aku slalu beriya benar nak celebrate. teringat zaman sekolah dulu, teringat bekas-bekas guru aku di sekolah yang tak penat mengajar aku dari aku kecik hingalah aku dah besor panjang. Aku menghargai semuanya...

Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya, Insya Allah.

SELAMAT HARI GURU!

Wednesday, May 07, 2008

Warkah untuk yang tersayang

Suatu hari bertarikh 07 Mei 2008 / Rabu

Thank’s a million kerana sudi membaca. Selamat Membaca :)

aku sedar dalam perkara yang berlaku sekarang ini aku yang bersalah. Tapi kan, kadang-kadang kita tidak akan mengerti dengan apa yang tuhan buat. Itulah yang berlaku pada aku. kita tahu kita bukan insan yang istimewa; jauh sekali insan yang terpilih, tetapi kadang-kadang tuhan menempatkan kita di kalangan orang yang 'ada otak tapi tidak tahu berfikir' dan orang yang 'tidak ada otak langsung'.

Dalam masalah aku sekarang-sikap menuding jari kepada orang lain selalunya tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah; malah memburukkannya lagi-itu prinsip aku. tetapi kadang-kadang kita tidak dapat mengelak untuk berkata 'ini semua kau punya pasal'; terutamanya bila kita yang terpaksa menanggungnya. aku tidak tahu sama ada ia tidak disengajakan atau berlaku kesilapan di mana-mana tetapi itulah yang berlaku pada si dia dan mungkin aku juga sekarang ni.

kita marah, kita benci, kita tidak suka dengan orang yang memberikan kita masalah itu, tetapi tuhan sering sahaja menyorokkan orang kita setiap kali marah kita sudah sampai ke kemuncak.

kebarangkalian pertama-aku tidak akan menjadi seorang pembunuh. ada sesetengah salah yang orang buat, elok sahaja kita serah kepada tuhan untuk menjatuhkan hukuman.

kebarangkalian kedua-aku bukan seorang hulk. kalau aku menumbuk dinding, ia hanya akan melukakan tangan aku dan bukannya melubangkan dinding. tapi seorang manusia yang diberikan tuhan bermacam-macam emosi. salah satu daripadanya ialah marah. Kebarangkalian juga aku perlu disuntik dengan sinar gamma - kalau marah boleh tumbuk dinding sampai pecah! Hehehe... :p

hidup kita ini kekadang tak selalunya indah. adakalanya kita didatangi kesusahan. tetapi kadang-kadang di kala kita didatangi kesusahan itu, tuhan mendatangkan lagi banyak dugaan. Itulah yang aku rasa... katalah semua ni bukan tindakan yang betul; jauh sekali bijak tapi adakalanya kita fikir elok sahaja kita tinggalkan semua urusan kita di dunia ini. kita telah menanggung kesusahan untuk sekian lama jadi sudah masanya untuk kita mengucapkan selamat tinggal. tetapi tuhan tidak pula mencabut nyawa itu daripada kita. Ini contoh...

saya harap selepas aku balik rumah, aku akan tidur dan bila bangun nanti, aku tidak ingat apa-apa yang berlaku hari ni dan hari sebelumnya. kalau ingat pun, ia hanyalah di dalam mimpi. kalau apa yang berlaku semalam2 tu betul pun berlaku, aku harap aku terjaga selepas semuanya selesai tapi kita pun tahu itu semua tidak berlaku. apa-apa pun yang tuhan lakukan kepada kita, kita mesti percaya kepada satu perkara - tuhan tidak akan menzalimi kita.

So, kalau ade apa2 pun yang aku buat terhadap orang lain-kita mesti percaya setiap orang adalah peransang terhadap orang lain dan macam tu juga sebaliknya... Alhamdulillah..dalam waktu sekarang aku dah agak normal-bukan lagi membuat keputusan secara tak profesional.

aku bukan sinchan yang suka buat perkara yang bukan-bukan. aku juga bukan nobita yang selalu minta doraemon berikan bahan untuk kenakan orang lain. Tapi, aku hanya insan biasa-masih punya perasaan marah-kecik ati, sedih, kecewa dan sebagainya...

Tapi terfikirkah orang lain bahawa kejayaan sama seperti permainan bolasepak - ia tidak dimenangi secara berseorangan. apa yang tuhan buat adalah bukan urusan kita untuk tahu. apa yang kita perlu buat ialah percaya kepada tuhan dan buat apa yang patut. Betul tak? So, what are you waiting for? Macam yang aku katakan tadi -life is about not knowing, having to change...Jadi bantulah diri kita sendiri untuk berdamai. buktikan pada semua orang bahawa aku adalah satu pasukan yang patut dibanggakan.

Sblm aku berhenti-aku meratap ampun maaf andai ada terkasar bahasa atau buruk budi bicara sepanjang silaturahim antara aku dan si dia.

Akhir kalam, Thanks 4 all da’ memories, da’ laughter n da’ fun, da’ joy your frienship’s brought 2 me and da’ hepi things we’ve done..


Thursday, April 24, 2008

Kedewasaan

Yang mencerminkan kedewasaan seseorang adalah sikap.
Semakin hari semakin kita menyedari pentingnya sesuatu yang disebut sikap.
Jadi sikap itu mewarnai cara berfikir kita dan tindakan kita dalam menghadapi hidup ini.
Kedewasaan dapat diukur dengan berapa matangnya sikap kita ini dalam menghadapi hidup.

Kedewasaan sangat dipengaruhi oleh pengalaman hidup, jadi orang yang ingin belajar dari hidup ini, dari apa yang dialaminya akan lebih mudah dewasa. Dugaan hidup, kesusahan atau penderitaan itu akan mempercepatkan atau mematangkan seseorang untuk menjadi lebih dewasa. Oleh itu dapat dikatakan bahawa kedewasaan bertunas dari jiwa yang telah mengalami dugaan hidup.Orang yang dewasa ialah orang yang menghadapi dugaan hidup dan tidak lari dari menghindarinya, tidak cepat menyalahkan orang lain ke atas apa yang berlaku terhadap dirinya, sentiasa tabah dan sabar kerana tahu bahawa Tuhan mengatur segalanya untuk kebaikan. Orang yang dewasa juga ialah orang yang mampu membebaskan diri dari kepahitan hidup ini. Dengan kata lain orang yang dewasa tidak menyimpan dendam dan tidak merendah-rendahkan kekurangan orang lain, dia melihat fakta apa adanya dan memikul tanggungjawab di atas tindakannya. "Kita tidak akan pernah tahu...jika kita tidak ingin tahu...bahawa kita tidak tahu...maka carilah tahu, tapi jangan asyik tahu."

Wednesday, April 23, 2008

berundur atau diundurkan

Berundur atau diundurkan.
Berguling atau digulingkan.
Apabila sudah tiba masanya, itulah sahaja pilihan yang ada. Manusia memilih sesuatu atas sebabnya yang tersendiri. mungkin kerana ianya baik. mungkin kerana ianya menguntungkan. mungkin juga kerana sudah tiada pilihan lain atau mungkin juga kerana itu sudah menjadi pilihan majoriti - jadi mereka yang lain mengikut sahaja.

walau apa juga alasannya untuk memilih, mereka berkehendakkan hanya satu - kebolehpercayaan.
apabila kita membeli baju, kita berkehendakkan baju itu tidak koyak bila dipakai. juga bila dipakai, ia meng'anggun'kan diri kita. biasanya kita akan mengharapkan sesuatu dan meletakkan kepercayaan untuk sesuatu yang kita pilih. kita tidak akan tahu samada apa yang kita harapkan itu menjadi kenyataan mahupun kepercayaan kita itu berbalas. ianya mengambil masa dan hanya masa yang akan menentukannya.


kadang-kadang ada orang kata hidup ini tidak adil. kita harapkan sesuatu, itulah yang kita tidak dapat. kita percayakan sesuatu, kepercayaan itulah yang tidak berbalas. tapi tidak semua manusia kejam dan tidak berhati perut. ada orang yang hanya akan tunggu dan lihat; walaupun sudah semakin jelas pilihannya adalah pilihan yang tidak betul. mereka ini sanggup memberi peluang dan sanggup menunggu. salah sekali ditutup sebelah mata. salah dua kali sudah mula tak senang duduk. salah sekali sahaja lagi, pilihan mereka tadi sudah menjadi beban yang menyusahkan.

apa sahaja yang menyusahkan perlu disingkirkan.berundurlah atau bersedia untuk diundur. bergulinglah atau bersedialah untuk diguling.

Macam hari ini, kerja aku di pejabat telah menjadi sesuatu yang membebankan dan mengecewakan. untuk share sesuatu yang membebankan ini, aku sendiri pun tak tahu dengan sape untuk dikongsikan. cukup sampai di situ.

Terfikir aku, nak berundur atau biar aku yang mengundurkannya? kadang-kadang bila kita rasa kita sudah tidak mampu atau tidak lagi boleh memberi keyakinan kepada orang yang memilih, berundurlah secara baik. orang lain akan faham. mungkin orang lain akan bersimpati dan melupakan apa silap kita.tapi ini tidak berlaku kepada aku.

oleh itu, mulai hari ini, aku akan menukar cara pemikiran aku terhadap budaya kerja aku di sini dan aku tidak akan menarik balik keputusan ini - walaupun selepas 30 minit :) Mungkin cara pemikiran tikus yang membaiki labu dan kambing yang dihitamkan. Semoga aku berjaya!

Kerja oh! kerja

hmmm....... lama rasanya aku tak menulis... walaupun gian sangat nak menaip kat blog sendiri..
tapi kesempatan tu tak ada dan kerja membataskan masa aku..

bila sebut kerja ni.. aku baru sahaja memulakan kerja atau kerjaya pertama aku selepas aku abis blajar STPM, cantik tarikh tuh 2 Februari 2002. then bulan 4, 2 tahun lepas tuh aku pun dtg bekerja kat sini.. jadi kalau ikut kiraan aturan bulan.. aku sekarang dah lebih 24 bulan kat kompeni ni.. Alhamdulillah karier aku sebagai penganggur cuma dalam sebulan jer..

aku sekarang bekerja sebagai 'macai' hehehe..itulah yang slalu diorang sebut-sebut di sini. Hari ni aku rasa malas yang amat untuk bekerja semuanya bermula dari semalam..hari kesedihan buat diri aku.huhh...

erm..dah ler kot ni.. cukup nak hilang gian menulis dah..

Tuesday, April 22, 2008

Apa masalah ni?

Assalamualaikum kepada yang sedang membaca.

Dalam keadaan sekarang aku rasa berserabut sangat. lebih serabut dari benang2 yg terburai.. Entahlah... hari ni hari yang agak menyedihkan, agak memilukan hati dan agak mengecewakan...

kata orang perjalanan hidup seseorang pastinya sangat berbeza di antara seorang insan dengan insan yang lain. Walaupun insan tersebut merupakan orang-orang di sekeliling kita macam ibu, ayah, adik-beradik atau pun jiran sebelah rumah. Hari-hari yang kita lalui mesti tak sama. Sebagai contoh, seorang doktor. Walaupun "die" (bukan nama sebenar) merupakan doktor gigi yang terkenal di daerah "X" di bahagian selatan tanah air, permasalahan yang beliau hadapi dan lalui berbeza-beza di antara seorang pesakit gigi dengan pesakit gigi yang lain. Manakala seorang jurutera awam akan mengira kerangka dan beban bangunan yang berbeza dalam dua hari yang tak sama. Mungkin seorang pesawah akan menangani masalah haiwan yang berbeza yang cuba mencopet hasil padi yang sedang menguning.

Bayangkan, berapa punya banyak permasalahan yang akan wujud setiap hari. Cuma satu persamaan, setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Apa yang perlu kita kaji ialah ciri-ciri masalah, penyebab masalah dan cari penyelesaian terbaik. Insya Allah.

Hadapi dengan senyuman

hidup ini kita akan diuji.. akan ditimpa dengan bermacam dugaan dan cabaran...kadangkala.. ujian dan dugaan ini buat kita hilang pertimbangan... kadangkala keadaan yang sukar ini buat kita sangat kecewa dan marah.... tapi sesungguhnya ujian Tuhan ini hanya untuk menguji hamba-Nya yang sabar...... percayalah janji Tuhan.. kesabaran kita sangat besar imbangannya di sana.. senyumlah.. kuatkan semangat untuk terus melangkah.. hadapi dengan senyuman... hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan kesedihan dan kekecewaan.. life is great...... hadapi dengan senyuman macam kumpulan DEWA...

Friday, March 28, 2008

PenSel 2008

"5 Important lessons to learn from a humble pencil....
First, It tells you that everything you do will always leave a mark.
Second, You can always correct the mistakes you make.
Third, What is important is what is inside you and not outside you.
Forth, In life you will undergo painful sharpening which will make you better in what ever you do.
Lastly, To be the best, you must allow yourself to be held and guided by the Hand that holds you....

"hmmm.......tahun 2008....tahun baru untuk bulan yang ketiga dan hampir untuk permulaan bulan baru bagi tahun 2008...dan entry ini adalah entry pertama aku untuk tahun 2008...aku mulakan entry aku yg pertama untuk 2008 dengan tajuk 'pensil'...sengaja aku memilih pensil untuk difikirkan dan mungkin ada sesuatu tentang pensil yg boleh aku inspirasikan untuk pedoman perjalanan hidup aku...setiap kita bebas untuk memilih apa saja untuk diinspirasiakan...yang penting kita hendaklah sentiasa berfikir..berfikir dan terus berfikir...nabi pernah pesan yang berfikir sesaat lebih baik dari solat sunat seribu rakaat tanpa berfikir.....berfikir juga yang dapat membezakan antara kita dan haiwan dan antara kita sesama kita.......

tahun 2008...aku masih bekerja ditempat yang sama..dan aku sudah diijabkabulkan tahun lepas bersama insan yang aku sayang hehehe... Alhamdullilah rezeki yang Allah kurniakan ini buat aku lebih bersyukur....Skrg kerja aku mmg agak banyak depan komputer jer...design itu ini... kerja yang menarik dan otak kena pakai segak segak.. kadang kadang rindu pulak dengan kerja cop mengecop.. hahaha......

dalam bulan ketiga di tahun 2008 ni..banyak perubahan yang dapat kita lihat...wind of change...Alhamdullilah negeri kelantan telah selamat diPASkan...tempat aku menetap aku pulak kat Nilai ni telah selamat diADILkan...semoga angin perubahan ini menjanjikan seribu rahmat dan perubahan dan yang paling penting bagi negara tercintaku Malaysia.....

aku bukan penyokong tegar Pas, ADil atau UMNO..tapi aku menyokong prinsip dan perjuangan yang sebenar... aku cuma nak lihat kebenaran yang menang..aku akan menyokong parti yg bawa kebenaran sahaja..tapi andai PAS dan ADIL pula lari dari perjuangan...aku juga akan menentang mereka....KEKUASAAN BUKANLAH UNTUK DIBANGGAKAN ATAU DIPINTA DAN DIRAYU...TETAPI KEKUASAAN ADALAH AMANAH YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN OLEH ALLAH......huh..

selangkah pemimpin melangkah ada seribu mata yang melihatnya..sepatah kata pemimpin bersuara..akan ada seribu telinga yang mendengarnya......semoga tahun ini memberi seribu rahmat dan kebahgiaan buat aku dan semua rakan seluruhnya.....

jadikan setiap hari adalah hari terbaik kita...jadikan setiap hari adalah hari teristimewa kita dan jadikan setiap hari kita adalah hari yang paling dekat dengan pencipta aku,kamu dan segalanya iaitu Allah S.W.T

Insya Allah..

Wednesday, January 02, 2008

Selamat tahun Baru 2008

WHEN I MEET SOMEONE BETTER THAN MYSELF, I TURN MY THOUGHTS TO BECOMING HIS EQUAL, WHEN I MEET SOMEONE NOT AS GOOD AS ME, I LOOK WITH IN AND EXAMINE MY OWN.

Hari ini hari ke sembilan puluh, di tahun ke 26 hidup aku.
Bila masuk tahun baru.. macam-macam azam dan impian yang ingin digapai di tahun baru...

Kekadang tertanya-tanya pada diri sendiri.. kenapa perlu tunggu tahun baru, baru nak berubah.. kenapa perlu tunggu ada sesuatu baru nak berubah...dan tiada jawapan untuk persoalan ini.. sebab aku pun tunggu tahun baru..baru nak berubah jadi orang baru...Sebenarnya kita tak perlu jadi seseorang untuk jadi orang... jadilah diri kita sendiri..tapi bukan jadi diri sendiri yang tak berguna..tapi jadi diri sendiri yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.. sentiasa berubah untuk menjadi diri sendiri... diri sendiri yang semakin hari semakin BAIK.. semakin hari semakin HEBAT... semakin hari semakin menjadi diri sendiri yang UNGGUL...Sebenarnya ditahun baru ini.. kita nak jadi diri sendiri yang lebih bermotivasi dan lebih baik dari diri sendiri di tahun-tahun sebelum ni..... Kita tak perlu lagi ulang kesalahan dan kesilapan yang sama di tahun-tahun sebelum ini.... Nabi pun pernah pesan.... "Celakalah orang yang dipatuk ular pada lubang yang sama! "...

..aku tak rela dipatuk ular pada lubang yang sama lagi... kalau dipatuk di lubang yang tak sama pun aku tak nak juga..hehehe...

aku perlu merentas laluan baru dalam hidup aku.. aku perlu berubah.....SELAMAT TAHUN BARU 2008!