Tuesday, December 28, 2004

aku yang marah

....aku pernah bergaduh dan bertumbuk kerana sebiji bola...
aku pernah bertumbuk kerana salah faham yang sangat sedikit..
aku pernah pukul orang hanya kerana orang itu tak puas hati....
aku pernah belasah orang kerana orang itu tendang kawan aku....

sebut sahaja tentang kekerasan.. tentang pergaduhan dan apa sahaja perkara yang melibatkan kesakitan dan ketidakpuasan hati.. semuanya aku pernah.. bagi aku.. hanya kekerasan yang perlu untuk menentang kekerasan...

yang kuat akan menang.. yang lemah akan ditindas...tangan guna untuk membelasah orang.. kaki guna untuk menendang orang.. mulut guna untuk mengajak orang berlawan............. semuanya aku pernah.................. tapi sekarang.. aku sedar kekerasan dan kekuatan tidak akan menyelesaikan apa apa..kekerasan tidak menjamin apa apa... kekerasan tidak akan menamatkan apa apa....

tangan bukan dicipta Tuhan untuk menyakitkan orang lain.. tapi tangan dicipta untuk berusaha kearah kebaikan dan tangan dicipta untuk ditadah ke langit memohon keampunan, perlindungan dan rahmat dari Ilahi..... ya Allah.. betapa jahilnya aku tentang ciptaan-Mu ini..... sekarang aku sedar... rasa marah tidak akan membawa aku kemana mana... rasa marah tidak akan membawa aku kepada kebaikan.. tapi rasa marah akan memusnahkan aku sendiri.. Ya Allah.. berikanlah aku kekuatan untuk bersabar dalam semua dugaan-Mu ini.........

aku teringat sabda nabi..."ORANG YANG GAGAH BUKANLAH ORANG YANG DAPAT MENUMPASKAN LAWANNYA... TAPI ORANG YANG GAGAH ADALAH ORANG YANG DAPAT MENAHAN AMARAHNYA"....

....betapa lemahnya aku.. betapa tipisnya sifat sabar ini...."KESABARAN!!!!.... tunggu.. aku akan kejar kau...."

Sunday, December 26, 2004

..jazakallah..

Dalam sebuah kehidupan....manusia tidak pernah berasa aman pada setiap detiknya...ada duka datang antara gembira....ada yang derita ke akhirnya.....aku terima segala permasalahan hidup dalam noktah yang satu. Selagi noktah itu belum dijumpai aku akan terus menjalajahi hidup yang datang sekali cuma....walau bayangan ketakutan sesekali menjelma....aku akan runtuhkan tembok ketakutan itu....agar aku mampu pergi mencari jalan dalam aman yang pasti....

aku bersyukur kerana dalam pencarian ini...aku didatangi manusia yang pelbagai.....ada insan yang memberi kekuatan....ada insan yang mencintai....ada insan yang memberi kebahagiaan walau dalam sedetik cuma....namun kehadiran ini sedikit sebanyak memberi kekuatan untuk aku terus melangkah jauh...

kiranya anda adalah insan-insan ini, tanpa ada apa yang mampu aku berikan hanya mampu memberikan ucapan terima kasih yang teramat.....anda tercipta untuk memberi sedikit cahaya menerangi jalanku nan satu....jalan menuju pencarian sebelum noktah hidup ini tertulis menamatkan riwayat hidup aku yang entah bila datangnya......

..jazakallah khairan kasiro..

Tuesday, December 14, 2004

sempurna

Aku bukanlah manusia yg perfect, aku cuma seorg manusia yg ingin hidup dlm keadaan yg sederhana sahaja. Tidaklah sampai mengimpikan kemewahan kerana ia bukanlah erti sebuah kebahagiaan. Apa yg biasanya kita inginkan ialah keikhlasan, kejujuran serta kesetiaan dalam segala hal bila kita membina atau menjalinkan sesuatu perhubungan sesama manusia. Kekuasaan atau ingin menguasai adalah sikap yg perlu dielakkan. Jika hubungan berlandaskan itu, maka sebuah jalinan akan terlerai dipertengahan jalan. Setiap manusia harus diberi peluang utk menggunakan haknya sendiri.... hak yang telah diikat melalui perjanjiannya dgn Allah sebelum ia lahir kedunia lagi...... Kerana itu tiada siapa yg berhak utk menakluki atau menguasai hak manusia lain kecual Allah S.W.T. Apa yg ada pada kita ialah amanah, amanah yg harus dipelihara dan dijaga kerana kelak di akhirat nanti, kita akan ditanya ttg itu.

Setiap dr kita ini telah diamanahkan utk bertanggungjawab dlm urusan hidup sebelum dtg mati. Selalu2lah tanya adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab kita terhadap Allah, terhadap kekasihNYA Muhammad s.a.w., terhadap kedua ibubapa kita, keluarga kita, masyarakat disekeliling kita dan akhirnya terhadap diri kita sendiri. Sesungguhnya Allah maha MENGETAHUI akan kelemahan hambaNYA namun jgnlah kerana memikirkan lemahnya kita hingga mengabaikan kesemuanya.... hidup kita ini saling kait mengait. Kerana itu sentiasalah jadi penasihat utk diri sendiri dan org2 yg disekeliling kita....

Walau apa pun, lakukan setiap perkara itu dgn bersederhana....

SELAMAT HARI QUALITI / TAHNIAH BUAT KUIM

stress to da' max

Stress tahap maksima dah sekarang ni. Lots of work. Sampai aku tak tau nak buat mana satu dulu. Tapi Alhamdulillah la aku dah nak siap satu kerja tu and working on the other one. Tak tau la kenapa hidup aku kelam kabut semenjak dua menjak ni. Lots of things on my mind I guess.

Dah malas nak fikirkan pasal orang lain. I've learned that people will only take advantages atas kebaikan orang lain. Bila kawan perlukan aku, aku sentiasa boleh mendengar dan menolong tapi bila time aku perlukan someone, siapa pun takde. Hmmm.. that's life. Semua orang boleh mengaku someone tu best friend dia tapi adakah dia sedar yang that someone tak pernah rasa dia adalah best friend? For example, A treats B as a best friend but B never feels the same. Sebabnya? B memang layan A baik and sentiasa ada dengan A bila-bila A perlukan B but when it happens to B, A tak layan dia macam buat. Hmmm.. macam mana B nak rasa A tu best friend dia? That's what happen to me now. I used to have a best friend once. But not now. No one can be my best friend.