Tuesday, April 13, 2010

Aku pasti dan yakin, segala sesuatu yang berlaku ada hikmahnya, InsyaAllah.

Friday, January 22, 2010

terpilih atau memilih

Manusia memilih untuk dipilih. Yang memilih rasa terpilih, yang tidak terpilih akan rasa tersisih. Usah menyisih kerana mungkin ada yang tersisih namun masih ada yang ingin memilih.

Percayalah, kita terpilih untuk memilih walaupun pilihan yang dipilih bukan yang terbaik, namun yang tersisih dari terpilih mungkin yang sepatutnya kita pilih.

Adakah aku pilihan untuk insan yang aku pilih atau cuma terpilih kerana tiada pilihan pada yang memilih. Cuma aku harap pilihan aku adalah untuk yang terpilih yang memilih aku kerana aku dianggapnya yang terpilih.

Friday, January 01, 2010

sekeping hati

Semalam, aku telah mencurahkan segala padanya...tentang perasaan, tentang kesangsian, tentang kejujuran, tentang sebuah kehidupan. Aku merasa puas dengan segala penjelasan yang aku berikan. Ungkapan sayang terbukti nyata dari mulutnya yang mengiakan lagi keikhlasan yang terbit dari sekeping hati yang aku lihat begitu sepi. Tahun baru 2010 dan aku mengharapkan satu perubahan pada diri aku dan dia.

Aku kadangkala cuba menyangkal apa yang hak ada padanya...maafkan aku kiranya aku menambah luka, namun segala sesuatu yang perit terpaksa aku telan untuk tidak menghampakan sebuah hati yang mahukan perubahan.


Aku pasti dan yakin, segala sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Pertemuan aku dengannya adalah sesuatu yang pasti dan kehadirannya adalah hadiah terbesar dalam hidupku dan aku begitu menghargainya. Moga sayang ku yang ikhlas padanya adalah suatu perjuangan yang akan terus hidup dan akan kunikmati segala pemberian Illahi sehingga denyut nadiku berhenti.

Harapan dan doa berjanjilah pada diri agar aku akan terus hidup dalam dirimu walau apapun terjadi...Amin.