Thursday, December 31, 2009

2010

Hurm..masuk tahun 2010, blog aku dah berusia 6 tahun dah. Dalam waktu itu disinilah tempat aku meluahkan perasaan, mencoret apa sahaja yang terlintas dihati dari aku bersendiri sehinggalah berdua. Antara ketawa dan air mata. Antara kecewa dan bahagia.

Alhamdulilah, 2010 akhirnya dapat aku temui. Usia aku dipanjangkan Allah untuk terus bernafas didunia ini dan tidak lupa juga dengan kebahagiaan dan kegembiraan juga sedih dan kecewa yang aku terima. Benarlah pesan Nabi...isteri yang solehah adalah harta yang paling bermakna dalam dunia ini...dan sekarang aku memahami keadaan itu... Kehidupan ini menjadi terlalu indah buat aku dan dia. Aku hanya ada dia. Dialah yang mengubah malamku menjadi malam paling indah, dialah yang mengubah siangku menjadi siang yang paling bercahaya dan dia sentiasa mengubah sedihku menjadi ketawaku dan dia jugalah yang mengubah takutku menjadi kekuatanku.

Selamat tahun 2010. semoga tahun ini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Insya Allah...

Monday, December 14, 2009

aku ingin terbang

Kekadang kita rasa hidup ini menyimpang dari apa yang diri kita nakkannya. Kekadang kita rasa terpinggir dan macam tidak diperlukan dalam apa yang kita jalani sebelum ini dengan jayanya. Kekadang kita rasai usaha kita tak dihargai dan tak mendapat sokongan semangat untuk kita teruskan sesuatu usaha itu.

Aku hendak maju dan merebut peluang yang ada namun hatiku terasa macam dibunuh di situ takala cuba ajurkan sesuatu. Kini semangatku hampir patah dan terasa macam tak nak peduli lagi akan sesuatu itu. Aku cuba terbang dengan segala kudrat yang ada. namun aku tak berdaya...

Kekadang aku terasa ingin menarik diri dan mencuba angin yang lain, namun hatiku takut akan rasa bersalah dan merenggangkan ukhwah itu. Pada aku kenapa hanya satu, mana perginya mendua , mentiga , menempat , menlima dan entahlah...

Namun apa yang aku rasa tak semestinya jadi nyata tanpa usaha.

Wednesday, December 09, 2009

Hidup masih perlu diteruskan

Terlalu banyak yang aku nak luahkan namun isi hati ini seakan berkata sesuatu membisik senyap menyuruh aku berhenti...

perjalanan hidup yang aku lalui selama ini terlalu cukup memberi dugaan walau yang datang dan hampir itu tidaklah sebesar mana...mungkin aku belum cukup kuat menerima pelbagai ujian...kerana itulah aku sebegitu menghormati mereka yang tabah di luar sana... hurm, Kenapa dengan aku hari ni??... fikiran asyik bercelaru... dan kemarahan di tahap maksima walau mampu di kawal...aku minta maaf yang tak terhingga kerana aku masih gagal mengawal situasi

"..Ya Allah...engkau permudahkanlah urusanku di dunia ini... Engkau kuatkanlah Iman ku ini.. Engkau pimpinkanlah diriku ini...Engkau peliharalah diriku dari sifat marah...Engkau tenangkanlah jiwaku ini... Amin..."

Monday, September 14, 2009

mata ini harus dipejam atau dicelik?

Pejam celik pejam celik ternyata aku masih celik lagi. Dari hari ke sehari aku habiskan kitaran hidup aku ini, dari seorang diri dah jadi berdua dan sekiranya diredhai Allah akan adanya yang ketiga.

Cepat sungguh angka-angka itu berlalu, kata orang apa ada pada angka kerana angka itu cuma digit-digit sahaja. Bagi aku pula pabila angka itu makin meningkat, aku semakin risau. Bekalan ke pintu nan satu tak betul-betul dapat menampung diriku.


Sekarang Ramadhan kembali bersua, kuah muih, lauk pauk dan terawih tak dilupakan. Aku sedih apabila melihat ada yang tak tertahan dengan dugaan bulan yang mulia ini lalu meneguk air untuk menghilangkan dahaga, itu sahaja. Hasutan dan kekuatan diri ternyata tidak dapat mengawal nafsu. Bangsa ku masih lagi di tahap dahulu.

Tuesday, August 18, 2009

HAPPY ANNIVERSARY

Urm rasanya baru semalam aku melafazkan penerimaan nikah dihadapan Allah dan bersaksikan imam masjid Al-Amin dan seluruh hadirin lain...sesunguhnya masa berganjak sekelip mata...rasanya pagi ini sungguh hebat...dada ini masih kuat berdebar pada kali pertama melihat suami tercinta.. hahaha... aku tak akan lupakan saat terkakunya aku pada kali pertama melihat suamiku yang bergelar 'SUAMI'..

hmm..esok genaplah 2 tahun pernikahan kami...tapi tak terasa langsung masa  2 tahun tu...setiap saat berlalu dengan gelak tawa dan air mata kebahagiaan... begitu hebat rasa ini... sesungguhnya..aku sujud padaMU ya Allah dengan penuh rasa syukur dengan jodoh dan kebahagiaan ini...

HAPPY ANNIVERSARY....
I LOVE YOU WITH ALL MY HEART, AND I ALWAYS WILL.

............HAPPY ANNIVERSARY...............

Friday, June 12, 2009

Apelah sangat kerja di lebri?

Soalan yang selalu mengundang jawapan tanpa membawa sebarang maksud. Soalan yang sentiasa meruntuhkan semangat mereka yang menyandang jawatan Pembantu Perpustakaan. Kata mereka, pembantu perpustakaan bukannya ada kerja sangat, duduk di kaunter dan menyusun buku sahaja. Naratif ceritanya masih bergerak dalam bentuk yang klise. Watak putih menentang watak hitam. Watak hitam semestinya terlebih dahulu mempunyai kuasa yang super berbanding watak putih dan watak putih akhirnya menang. Macam cerita Ultraman. Polemik yang tidak berkesudahan.




Dalam permainan bola sepak, penendang tepi atau sidekick adalah merujuk kepada orang yang kedua menjadi hero. Seperti Robin dalam cerita Batman & Robin, tugas penendang tepi ialah membantu hero dalam memerangi orang jahat. Hero dan penendang tepi akan saling bekerjasama. Meskipun masih berwatak hero, tidak ramai yang gemarkan peranan sebagai penendang tepi kerana publisitinya kurang terserlah. Hero mestilah orang yang paling hebat. Penendang tepi mestilah orang yang sedikit kurang hebat. Walaubagaimanapun peranan penendang tepi ini tidak boleh dinafikan.



Mereka yang bergelar penendang tepi dapat merasakan kurang popular tetapi berjasa. Sedikit sumbangan yang diberi tetapi membantu banyak pihak. Walaupun begitu, ini bukanlah tugas yang senang. Di dalam pengurusan Perpustakaan juga memerlukan hero dan penendang tepinya iaitu Pembantu Perpustakaan. Kerjaya sebagai pembantu perpustakaan yang bekerja di kelilingi timbunan buku sedikit sebanyak membantu dalam mengorientasikan perkhidmatan sesebuah Perpustakaan. Watak hitam yang mempunyai kuasa super ini seringkali disalah anggap oleh pengguna.



Khususnya tugas pembantu perpustakaan merangkumi pengorganisasian bahan perpustakaan, menjalankan proses pendaftaran pengguna, menguruskan peminjaman dan pemulangan bahan disamping merekodkan transaksi. Kerjaya ini tidak dipandang ringan kerana pembantu perpustakaan juga perlu berkemahiran dalam Sistem Perpustakaan sekaligus memandu pengguna dalam mendapatkan maklumat. Itulah watak hitam yang kurang mendapat perhatian dan penghargaan. Bidang tugas yang dipertanggungjawabkan ini memerlukan mereka berfikir secara global dalam dunia Perpustakaan itu sendiri supaya mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik selari dengan wawasan dalam memartabatkan kecemerlangan ilmu dan insan. Namun disebalik itu, watak hitam ini penting dalam mewujudkan perkhidmatan berkualiti yang memuaskan dan lazimnya melebihi kehendak dan harapan pengguna Perpustakaan.



Selain itu, pembantu perpustakaan juga perlu sentiasa memaksimumkan pengetahuan mereka terhadap aplikasi OPAC, pelbagai sistem perpustakaan, pangkalan data atas talian serta kaedah indeks dan abstrak. Ini menjelaskan bahawa tugas sebagai pembantu perpustakaan bukan hanya sekadar menyusun buku dan bukan hanya sekadar duduk di kaunter sahaja ibarat melukut di tepian gantang.



Wajarlah bagi kita untuk menukar corak pemikiran terhadap budaya kerja yang lebih produktif. Mungkin dengan cara membuat anjakan paradigma dalam pemikiran supaya tidak menjadi seperti tikus yang membaiki labu. Kita perlu sentiasa melahirkan idea yang bernas, kreatif dan inovasi selain berlumba-lumba dalam memajukan diri dalam era digital ini. Sifat yang positif dan terkehadapan perlu disemai supaya watak penendang tepi tidak selamanya menjadi penendang tepi. Kata orang, kalau tidak dipecahkan ruyung mana dapat sagunya. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling banyak membawa manfaat kepada orang lain. Menurut sebuah petikan hadis yang bermaksud “Allah akan menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya”. Selamat bekerja!

Saturday, January 31, 2009

1 pelajaran baru

Orang kata :
"Kita tidak akan pelajari apa-apa kalau kita sentiasa menuding jari ke arah orang lain dan tidak pada diri sendiri".

Thursday, January 01, 2009

2009


Change is always a big thing in the new year. It may not outlast the month, but we still make resolutions anyway. Perhaps it is n hope that we can make a fresh start, perhaps it is easier to track our progress if we begin in the beginning. Maybe it is just a trend that everyone hops on. But change will come and it's often inevitable. Some we like and some, not so much. I guess it's all part of being alive.


Hmmm... sengaja aku mulakan penulisan pertama tahun 2009 ni dengan Bahasa Inggeris... ni adalah langkah pertama untuk aku menginternasionalkan blog aku... mana tahu kalau ada mat saleh sesat kat blog aku ni.. sekurang-kurangnya dia akan dapat faham perenggan pertama blog aku ni...hehehe...

Tahun baru? apa ada pada tahun baru selain cuti sehari yang aku dapat hari ni.. bila sebut tahun baru.. mulalah orang nak buat azam baru.. nak mulakan sesuatu yang baru... semuanya nak mulakan dengan yang baru... aku rasa kita dah terbiasa nak mulakan semua permulaan di awalan sebuah permulaan.... terdetik hati tertanya aku sendiri.... kenapa kita tak biasa sahaja memulakan sesuatu permulaan dari pertengahan, persukuan atau di pengakhiran..... sesungguhnya bagi aku.. semuanya adalah perasaan sahaja... kita kena melatih diri kita untuk bermula dari sekarang...Jam akan terus berdetik... siang akan mengejar malam... malam akan hilang mengganti hari... hari akan berlalu membina bulan.. dan bulan akan mengatur membentuk tahun...

Sesungguhnya demi masa.. manusia akan berada dalam kerugian... hidup ini terlalu singkat untuk dibiarkan berlalu dengan perkara yang sia-sia.. Jom!!! bangun... CHAIYUK!!!!!!!!!!!!!

Life is full of challenges.. when obstacles arise... change your direction to reach your goals... not the decision to get there....Things turn out the best for those who make the best of things turn out..