Tuesday, May 10, 2005

tentang dia

Tentang dia... Sebuah filem Indonesia terbaru yang akan menjengah pawagam Malaysia 24 April akan datang. Lambat lagi tu... tapi aku dah tak sabar nak menonton filem tu. Kenapa? Sebab daripada penilaian yang telah aku jalankan ke atas filem-filem Indonesia terutamanya filem-filem terbitan Miles Production atau sutradara oleh Rudy Soedjarwo, filem-filemnya mesti meletup. Bukan meletup kerana elemen-elemen 'komersial' yang diketengahkan (istilah yang aku gunakan ini dipinjam daripada pengarah-pengarah Malaysia yang membikin filem mengikut permintaan pasaran, kononnnya) tapi sebab walaupun berkisar tentang kehidupan remaja, tapi ia bercerita dengan jujur, penuh dengan nilai-nilai estetika yang tinggi. Jangan cuba untuk mengatakan yang aku tidak layak untuk berbicara tentang filem. Ingat, inilah platform bagi orang tak berkedudukan macam aku ni bersuara.Apa-apa pun, aku nak bagi contoh.

Tengok filem AADC, remaja-remaja Indonesia baca karya Chairil Anwar, berpuisi, tapi kalau kisah remaja di Malaysia, hmmhh... tak jujur. Betul! Ada yang menjadi imej bagi remaja bandar, ada yang jadi imej remaja kampung. Kalau kisah di sekolah atau kolej, tak ada langsung tentang keilmuan. Macam pergi kolej atau sekolah memang untuk cari pasangan bercinta.

Eiffel... I'm in love. Siapa kata filem tu tak ada seni? Tengok cara penyampaian, kisah yang ditonjolkan. Semua ada makna yang tersendiri. Sebab tu aku tak sabar nak tonton Tentang Dia. Dekat Indonesia ditayangkan bulan Februari lalu.

Satu maklumat tambahan, kalau nak tahu, filem Tentang Dia diadaptasi dari cerpen karya Melly Goeslow. Ha! Siapa kata insan seni tak pandai berkarya dalam bidang penulisan. Tapi, orang Indonesia lagi kreatif. Filem bermutu diterbitkan dari novel dan cerpen serta karya yang juga bermutu. Malaysia bila lagi?p/s : Siti bila nak buat cerpen? Hehehe...

Catatan blog atau jurnal sangat bererti dan berguna. Bukan sahaja pada penulis malah pada pembaca. Kadang-kadang ada ilmu, atau maklumat yang tidak diketahui dari akhbar diketahui dari catatan blog. Kenapa? Macam yang aku cakap, blog melambangkan kebebasan bersuara. Tanpa terikat dengan mana-mana pihak, jujur dalam berkarya. Malah, tidak keterlaluan jika aku katakan blog adalah medium terbaik bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat yang sahih dan benar. Kadangkala, blog dapat merapatkan atau menghubungkan 2 insan yang saling tidak mengenali, dan saling berpisah akibat lautan menjadi rapat dan dapat saling bertukar-tukar maklumat atau pandangan. Itulah faedah blog.

Kadangkala ada yang masih tertanya-tanya apakah tujuan blog? Buat apa tulis blog? Tapi, lepas tulis baru kita tahu kepuasan yang akan kita dapat. Bayangkan, kita tengah susah hati dilanda masalah, tapi lepas tulis dalam blog, dilepaskan dalam sebuah catatan yang dibaca oleh kadangkala berbelas-belas orang sehari, diberi respons... tidakkah itu akan menaikkan semula semangat kita. Tambahan pula, dengan blog kita boleh memberi sesuatu pandangan dari sudut kita sendiri. Jadi, fikir-fikirkanlah.

Jangan hanya fikir yang negatif dan jangan tulis tanpa mengetahui apa yang ingin ditulis kerana jika kita tulis apa yang kita mahu tulis, hasilnya akan memuaskan hati kita dan hati orang lain yang mula membaca dan meminati blog kita. Panjang aku membebel hari ni kan? Harap tak terpadam macam hari tu... Ok.. jumpa lagi di lain hari dan masa. Dan kepada semua teman seblog, teruskan perjuangan!!