Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat mereka yang bergelar guru... Buat ibu angkat aku.. buat keluarga dan sahabat handai aku...

Sesungguhnya jasamu guru memang tiada tolok bandingnya... bila Hari Guru jer aku slalu beriya benar nak celebrate. teringat zaman sekolah dulu, teringat bekas-bekas guru aku di sekolah yang tak penat mengajar aku dari aku kecik hingalah aku dah besor panjang. Aku menghargai semuanya...

Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya, Insya Allah.

SELAMAT HARI GURU!

Wednesday, May 07, 2008

Warkah untuk yang tersayang

Suatu hari bertarikh 07 Mei 2008 / Rabu

Thank’s a million kerana sudi membaca. Selamat Membaca :)

aku sedar dalam perkara yang berlaku sekarang ini aku yang bersalah. Tapi kan, kadang-kadang kita tidak akan mengerti dengan apa yang tuhan buat. Itulah yang berlaku pada aku. kita tahu kita bukan insan yang istimewa; jauh sekali insan yang terpilih, tetapi kadang-kadang tuhan menempatkan kita di kalangan orang yang 'ada otak tapi tidak tahu berfikir' dan orang yang 'tidak ada otak langsung'.

Dalam masalah aku sekarang-sikap menuding jari kepada orang lain selalunya tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah; malah memburukkannya lagi-itu prinsip aku. tetapi kadang-kadang kita tidak dapat mengelak untuk berkata 'ini semua kau punya pasal'; terutamanya bila kita yang terpaksa menanggungnya. aku tidak tahu sama ada ia tidak disengajakan atau berlaku kesilapan di mana-mana tetapi itulah yang berlaku pada si dia dan mungkin aku juga sekarang ni.

kita marah, kita benci, kita tidak suka dengan orang yang memberikan kita masalah itu, tetapi tuhan sering sahaja menyorokkan orang kita setiap kali marah kita sudah sampai ke kemuncak.

kebarangkalian pertama-aku tidak akan menjadi seorang pembunuh. ada sesetengah salah yang orang buat, elok sahaja kita serah kepada tuhan untuk menjatuhkan hukuman.

kebarangkalian kedua-aku bukan seorang hulk. kalau aku menumbuk dinding, ia hanya akan melukakan tangan aku dan bukannya melubangkan dinding. tapi seorang manusia yang diberikan tuhan bermacam-macam emosi. salah satu daripadanya ialah marah. Kebarangkalian juga aku perlu disuntik dengan sinar gamma - kalau marah boleh tumbuk dinding sampai pecah! Hehehe... :p

hidup kita ini kekadang tak selalunya indah. adakalanya kita didatangi kesusahan. tetapi kadang-kadang di kala kita didatangi kesusahan itu, tuhan mendatangkan lagi banyak dugaan. Itulah yang aku rasa... katalah semua ni bukan tindakan yang betul; jauh sekali bijak tapi adakalanya kita fikir elok sahaja kita tinggalkan semua urusan kita di dunia ini. kita telah menanggung kesusahan untuk sekian lama jadi sudah masanya untuk kita mengucapkan selamat tinggal. tetapi tuhan tidak pula mencabut nyawa itu daripada kita. Ini contoh...

saya harap selepas aku balik rumah, aku akan tidur dan bila bangun nanti, aku tidak ingat apa-apa yang berlaku hari ni dan hari sebelumnya. kalau ingat pun, ia hanyalah di dalam mimpi. kalau apa yang berlaku semalam2 tu betul pun berlaku, aku harap aku terjaga selepas semuanya selesai tapi kita pun tahu itu semua tidak berlaku. apa-apa pun yang tuhan lakukan kepada kita, kita mesti percaya kepada satu perkara - tuhan tidak akan menzalimi kita.

So, kalau ade apa2 pun yang aku buat terhadap orang lain-kita mesti percaya setiap orang adalah peransang terhadap orang lain dan macam tu juga sebaliknya... Alhamdulillah..dalam waktu sekarang aku dah agak normal-bukan lagi membuat keputusan secara tak profesional.

aku bukan sinchan yang suka buat perkara yang bukan-bukan. aku juga bukan nobita yang selalu minta doraemon berikan bahan untuk kenakan orang lain. Tapi, aku hanya insan biasa-masih punya perasaan marah-kecik ati, sedih, kecewa dan sebagainya...

Tapi terfikirkah orang lain bahawa kejayaan sama seperti permainan bolasepak - ia tidak dimenangi secara berseorangan. apa yang tuhan buat adalah bukan urusan kita untuk tahu. apa yang kita perlu buat ialah percaya kepada tuhan dan buat apa yang patut. Betul tak? So, what are you waiting for? Macam yang aku katakan tadi -life is about not knowing, having to change...Jadi bantulah diri kita sendiri untuk berdamai. buktikan pada semua orang bahawa aku adalah satu pasukan yang patut dibanggakan.

Sblm aku berhenti-aku meratap ampun maaf andai ada terkasar bahasa atau buruk budi bicara sepanjang silaturahim antara aku dan si dia.

Akhir kalam, Thanks 4 all da’ memories, da’ laughter n da’ fun, da’ joy your frienship’s brought 2 me and da’ hepi things we’ve done..