Thursday, April 24, 2008

Kedewasaan

Yang mencerminkan kedewasaan seseorang adalah sikap.
Semakin hari semakin kita menyedari pentingnya sesuatu yang disebut sikap.
Jadi sikap itu mewarnai cara berfikir kita dan tindakan kita dalam menghadapi hidup ini.
Kedewasaan dapat diukur dengan berapa matangnya sikap kita ini dalam menghadapi hidup.

Kedewasaan sangat dipengaruhi oleh pengalaman hidup, jadi orang yang ingin belajar dari hidup ini, dari apa yang dialaminya akan lebih mudah dewasa. Dugaan hidup, kesusahan atau penderitaan itu akan mempercepatkan atau mematangkan seseorang untuk menjadi lebih dewasa. Oleh itu dapat dikatakan bahawa kedewasaan bertunas dari jiwa yang telah mengalami dugaan hidup.Orang yang dewasa ialah orang yang menghadapi dugaan hidup dan tidak lari dari menghindarinya, tidak cepat menyalahkan orang lain ke atas apa yang berlaku terhadap dirinya, sentiasa tabah dan sabar kerana tahu bahawa Tuhan mengatur segalanya untuk kebaikan. Orang yang dewasa juga ialah orang yang mampu membebaskan diri dari kepahitan hidup ini. Dengan kata lain orang yang dewasa tidak menyimpan dendam dan tidak merendah-rendahkan kekurangan orang lain, dia melihat fakta apa adanya dan memikul tanggungjawab di atas tindakannya. "Kita tidak akan pernah tahu...jika kita tidak ingin tahu...bahawa kita tidak tahu...maka carilah tahu, tapi jangan asyik tahu."

Wednesday, April 23, 2008

berundur atau diundurkan

Berundur atau diundurkan.
Berguling atau digulingkan.
Apabila sudah tiba masanya, itulah sahaja pilihan yang ada. Manusia memilih sesuatu atas sebabnya yang tersendiri. mungkin kerana ianya baik. mungkin kerana ianya menguntungkan. mungkin juga kerana sudah tiada pilihan lain atau mungkin juga kerana itu sudah menjadi pilihan majoriti - jadi mereka yang lain mengikut sahaja.

walau apa juga alasannya untuk memilih, mereka berkehendakkan hanya satu - kebolehpercayaan.
apabila kita membeli baju, kita berkehendakkan baju itu tidak koyak bila dipakai. juga bila dipakai, ia meng'anggun'kan diri kita. biasanya kita akan mengharapkan sesuatu dan meletakkan kepercayaan untuk sesuatu yang kita pilih. kita tidak akan tahu samada apa yang kita harapkan itu menjadi kenyataan mahupun kepercayaan kita itu berbalas. ianya mengambil masa dan hanya masa yang akan menentukannya.


kadang-kadang ada orang kata hidup ini tidak adil. kita harapkan sesuatu, itulah yang kita tidak dapat. kita percayakan sesuatu, kepercayaan itulah yang tidak berbalas. tapi tidak semua manusia kejam dan tidak berhati perut. ada orang yang hanya akan tunggu dan lihat; walaupun sudah semakin jelas pilihannya adalah pilihan yang tidak betul. mereka ini sanggup memberi peluang dan sanggup menunggu. salah sekali ditutup sebelah mata. salah dua kali sudah mula tak senang duduk. salah sekali sahaja lagi, pilihan mereka tadi sudah menjadi beban yang menyusahkan.

apa sahaja yang menyusahkan perlu disingkirkan.berundurlah atau bersedia untuk diundur. bergulinglah atau bersedialah untuk diguling.

Macam hari ini, kerja aku di pejabat telah menjadi sesuatu yang membebankan dan mengecewakan. untuk share sesuatu yang membebankan ini, aku sendiri pun tak tahu dengan sape untuk dikongsikan. cukup sampai di situ.

Terfikir aku, nak berundur atau biar aku yang mengundurkannya? kadang-kadang bila kita rasa kita sudah tidak mampu atau tidak lagi boleh memberi keyakinan kepada orang yang memilih, berundurlah secara baik. orang lain akan faham. mungkin orang lain akan bersimpati dan melupakan apa silap kita.tapi ini tidak berlaku kepada aku.

oleh itu, mulai hari ini, aku akan menukar cara pemikiran aku terhadap budaya kerja aku di sini dan aku tidak akan menarik balik keputusan ini - walaupun selepas 30 minit :) Mungkin cara pemikiran tikus yang membaiki labu dan kambing yang dihitamkan. Semoga aku berjaya!

Kerja oh! kerja

hmmm....... lama rasanya aku tak menulis... walaupun gian sangat nak menaip kat blog sendiri..
tapi kesempatan tu tak ada dan kerja membataskan masa aku..

bila sebut kerja ni.. aku baru sahaja memulakan kerja atau kerjaya pertama aku selepas aku abis blajar STPM, cantik tarikh tuh 2 Februari 2002. then bulan 4, 2 tahun lepas tuh aku pun dtg bekerja kat sini.. jadi kalau ikut kiraan aturan bulan.. aku sekarang dah lebih 24 bulan kat kompeni ni.. Alhamdulillah karier aku sebagai penganggur cuma dalam sebulan jer..

aku sekarang bekerja sebagai 'macai' hehehe..itulah yang slalu diorang sebut-sebut di sini. Hari ni aku rasa malas yang amat untuk bekerja semuanya bermula dari semalam..hari kesedihan buat diri aku.huhh...

erm..dah ler kot ni.. cukup nak hilang gian menulis dah..

Tuesday, April 22, 2008

Apa masalah ni?

Assalamualaikum kepada yang sedang membaca.

Dalam keadaan sekarang aku rasa berserabut sangat. lebih serabut dari benang2 yg terburai.. Entahlah... hari ni hari yang agak menyedihkan, agak memilukan hati dan agak mengecewakan...

kata orang perjalanan hidup seseorang pastinya sangat berbeza di antara seorang insan dengan insan yang lain. Walaupun insan tersebut merupakan orang-orang di sekeliling kita macam ibu, ayah, adik-beradik atau pun jiran sebelah rumah. Hari-hari yang kita lalui mesti tak sama. Sebagai contoh, seorang doktor. Walaupun "die" (bukan nama sebenar) merupakan doktor gigi yang terkenal di daerah "X" di bahagian selatan tanah air, permasalahan yang beliau hadapi dan lalui berbeza-beza di antara seorang pesakit gigi dengan pesakit gigi yang lain. Manakala seorang jurutera awam akan mengira kerangka dan beban bangunan yang berbeza dalam dua hari yang tak sama. Mungkin seorang pesawah akan menangani masalah haiwan yang berbeza yang cuba mencopet hasil padi yang sedang menguning.

Bayangkan, berapa punya banyak permasalahan yang akan wujud setiap hari. Cuma satu persamaan, setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Apa yang perlu kita kaji ialah ciri-ciri masalah, penyebab masalah dan cari penyelesaian terbaik. Insya Allah.

Hadapi dengan senyuman

hidup ini kita akan diuji.. akan ditimpa dengan bermacam dugaan dan cabaran...kadangkala.. ujian dan dugaan ini buat kita hilang pertimbangan... kadangkala keadaan yang sukar ini buat kita sangat kecewa dan marah.... tapi sesungguhnya ujian Tuhan ini hanya untuk menguji hamba-Nya yang sabar...... percayalah janji Tuhan.. kesabaran kita sangat besar imbangannya di sana.. senyumlah.. kuatkan semangat untuk terus melangkah.. hadapi dengan senyuman... hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan kesedihan dan kekecewaan.. life is great...... hadapi dengan senyuman macam kumpulan DEWA...